Home / Contests / AFGAN KONSERT DEKADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

AFGAN KONSERT DEKADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

afgan 2_SS

KONSERT DEKADE AFGAN LIVE IN KUALA LUMPUR 2018
MERAIKAN ULANGTAHUN KE-10 AFGAN

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2018 – Bersempena ulangtahun ke 10 Afgan dalam industri muzik, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia ini akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad dalam industri muzik melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn Bhd, konsert ini merupakan hadiah istimewa dari Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik. Konsert intim ini akan membawa penonton menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE.

Diiringi The Gandarianz, konsert Afgan kali ini pasti berbeza dari semua konsert yang pernah diadakan di Malaysia sebelum ini. “Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier saya di dalam industri dan berkongsi perasaan dan pengalaman selama 10 tahun ini bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Ini kerana selama 10 tahun bukan hanya sekadar lagu dan kejayaan saya tetapi lebih kepada perjalanan saya sebagai seorang insan. Konsert ini sangat peribadi bagi saya kerana ini adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada semua peminat” kata Afgan

Album terbaru Afgan berjudul DEKADE telah dilancarkan baru-baru ini mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu. Pasti ramai peminat mengingati lagu-lagu hit beliau seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, Knock Me Out, X (duet bersama SonaOne), dan terkini dari album DEKADE, berjudul Sudah.

Afgan telah memenangi lebih 50 buah anugerah termasuk Album Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik, sebuah majlis yang mengiktiraf kejayaan artis di rantau Asia. Penyanyi bersuara emas ini juga pernah berkolaborasi dengan artis seperti Sheila Majid, Rossa, Raisa, SonaOne dan terkini bersama Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Cinta 2 Hati dan Refrain dan program TV, termasuk menjadi juri bagi X Factor Indonesia.

Konsert ini turut menampilkan Ruffedge, kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia sebagai artis undangan. Ditubuhkan pada tahun 1997, Ruffedge pernah memenangi anugerah di Anugerah Industri Muzik melalui dua buah album, Defined dan Ruffera. Dianggotai Cat Farish, Zain Hamid, Azan Addin, Amir Munawer, Sein dan Mode, kini Ruffedge kembali sempena meraikan ulangtahun ke-20 dalam industri. Terkenal menerusi lagu hit seperti ‘Tipah Tertipu’, ‘Khayalan’ dan ‘Lemas’, peminat boleh menikmati lagu terbaru dari kumpulan tersebut berjudul ‘Seperti Mereka’.

Satu sidang media bersama Afgan telah diadakan di Hotel Shangri La Kuala Lumpur dimana Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani mengucapkan penghargaan di atas sambutan menggalakkan yang diterima dari peminat terhadap konsert ini dan memaklumkan bahawa tiket konsert RM288 (Silver) dan RM1288 (Diamond VVIP) telah habis dijual. Khusus buat pembeli tiket Diamond VVIP, mereka akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan. Selain itu, Malaysia menjadi destinasi pertama Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 ini dan Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dimana ia mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir dua ribu lima ratus orang (2500). “Berdasarkan pada populariti Afgan dan sambutan peminat di sini, kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out.” kata Nik.

Manakala bagi Maybank, Mr B. Ravintharan Balakrishnan, Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank berkata “Pihak Maybank berbesar hati bekerjasama dengan Nizra Production sempena Konsert DEKADE Afgan Live in Kuala Lumpur 2018. Melalui perkongsian ini, pemegang kad Maybank berpeluang menikmati tawaran eksklusif sebagai usaha kami dalam terus menghargai pelanggan melalui pengalaman istimewa”. Selain Maybank, konsert ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Red Box, Ticket Charge, E&O Residences dan Hamza Motors.

Peminat masih boleh mendapatkan tiket konsert berharga RM588 (Gold) dan RM888 (Platinum) melalui https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811. Manakala, buat pemegang kad debit dan kredit Maybank dari Malaysia, Indonesia, Singapura Brunei, Kemboja dan Filipina, boleh menikmati 10% diskaun untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Istimewa buat semua pembeli tiket konsert, dimana turut berpeluang menerima hadiah pakej penerbangan dua (2) orang pergi dan balik ke mana-mana destinasi di seluruh dunia oleh Turkish Airlines menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan di konsert tersebut.

Diiktiraf sebagai salah satu artis lelaki terbaik di Indonesia, peminat Afgan akan dijanjikan dengan sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling utama sekali, membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.

[PERADUAN]
2 tiket eksklusif ke ‘Afgan Konsert Dekade 2018 Live In KL’ untuk dimenangi setiap orang!
Bakal berlangsung dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen KL.
3 November 2018, Sabtu, 8 malam.

Jawab soalan mudah berikut.

i. Namakan penganjur utama ‘Afgan Konsert Dekade 2018 Live In KL’.
ii. Namakan salah satu (1) karaoke daripada penyanyi Afgan yang TIDAK terdapat di Red Box & Green Box Karaoke.
iii. Like, Share dan Tag salah seorang rakan FB anda.
iv. Hantarkan butiran anda di sini.

* Tarikh tutup peraduan: 28hb Oktober 2018
* Pemenang dikehendaki menuntut hadiah di Red Box Plus Pavilion, Kuala Lumpur sahaja.

Contest has ended.