Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN JULAI – JOM BALIK RAYA

ARTIS BULAN JULAI – JOM BALIK RAYA

raya_src

Ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri kembali lagi. Saban tahun pasti lagu-lagu raya dari artis-artis tempatan pasti dilancarkan.Bagi kami di syarikat rakaman Suria Records Sdn. Bhd lagu-lagu raya adalah tidak asing lagi kerana kami memiliki banyak koleksi lagu-lagu raya yang terbaik dan masih diputarkan sehingga kini, antaranya Nazam Lebaran, Sesuci lebaran – Siti Nurhaliza, Aidilfitri Di Alaf Baru – artis senior SRC, dan banyak lagi. Namun setelah beberapa tahun tidak membekalkan lagu raya, kini SRC tampil dan memperkenalkan sebuah lagu raya terbaru dengan menampilkan artis-artis baru dari Suria Records yang berjudul Jom Balik Raya.

Jom Balik Raya menampilkan Zahid, Wani Kayrie, Syuhada, Putera Muhammad, Furhan(Xpose Band) dan Yoyo. Lagu ini telah mendapat sentuhan dari komposer “otai” iaitu S.Atan. Lagu ini menceritakan kemeriahan seluruh warga kota yang ingin pulang ke desa untuk menyambut hari lebaran bersama sanak saudara tercinta. Sentuhan melodinya pasti membuak hati untuk pulang ke kampUng dalam kemeriahan suasana hari raya. Penyusunan rangkap untuk dinyanyikan oleh bahagian-bahagian artis diatur sempurna oleh S. Atan.
Jom Balik Raya juga sebenarnya adalah tajuk album raya yang akan diterbitkan oleh SRC pada hari raya ini. Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini ialah :

1- Jom Balik Raya – Zahid, Syuhada, Wani Kayrie, Xpose, Putera Muhammad & Yoyo
2- Anugerah Aidilfitri – Siti Nurhaliza
3- Gema Lebaran – Erra Fazira
4- Senyuman Di Pagi Raya – Qierra, Wani Kayrie & Yoyo
5- Manis-Manis Lebaran – Sofaz, New Boyz, Lips & Saidatul Erma
6- Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza
7- Balik Kampung – New Boyz
8- Bahagia Raya Menjelma – Isma
9- Nazam Lebaran – Siti Nurhaliza
10- Cahaya Aidilfitri – Handy Black
11- Sinar Lebaran – Noryn Aziz
12- Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza
13- Aidilfitri Di Alaf Baru – Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim & Anis Suraya
14- Di Lebaran Yang Ini – Indah Ruhaila
15- Halal Bihalal – Noraniza Idris
16- Tibanya Syawal Bahagia – Liza Hanim

Album ini sudahpun berada di pasaran. Selain itu album ini boleh didapati secara digital di semua platform streaming. Album ini juga turut dijual di secara online di 11 street dan boleh dibeli terus melalui laman web rasmi www.suriarecords.com.my dengan harga RM19.90.

Selain itu,muzik video jom balik raya telah selesai pengambarannya pada bulan Mei lalu dan lokasinya di lakukan di Hulu Langat. Setiap adegan mempunyai keunikan tersendiri yang pasti mengingatkan anda tentang kepulangan dan suasana hari raya. Pembikinan ini mengambil masa beberapa hari dari bermula “pre-production” “production” dan “post-production”. Keunikan jalan cerita ini pasti menarik minat anda untuk menontonya.

Harapan untuk lagu Jom Balik Raya ini pastinya mengharapkan ia mendapat tempat di seluruh radio di malaysia dan juga mendapat tempat di semua hati pendengar di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia. Jangan lupa untuk meminta lagu Jom Balik Raya di stesen-stesen radio pilihan anda.

Zahid, Syuhada, Wani Kayrie, Xpose, Putera Muhammad & Yoyo – Jom Balik Raya (Official Music Video)

Suria Records Sdn Bhd (Malaysia)