Home / Events / Pelancaran Album ‘Sempurna’ Ir Radzi dan MTV Karaoke

Pelancaran Album ‘Sempurna’ Ir Radzi dan MTV Karaoke

1000x400

Ir Radzi membuka lembaran 2018 dengan melancarkan album debut beliau berjudul “Sempurna”. Album ini mengandungi 8 buah lagu, hasil kerjasama dengan komposer tempatan seperti Hazami dan Audi Mok dan komposer dari seberang, Bemby Noor.

Single pertama Ir Radzi yang berjudul “Kontra Analisa ciptaan Audi Mok pernah dinobatkan sebagai Lagu Paling popular, yang menaikkan nama Ir Radzi sebagai Artis Paling Popular dan Artis Baru Terbaik di Anugerah Carta Borneo Era.

Turut dimuatkan lagu “Maafkan Aku” dan “Sempurna Waktu” yang menjadi OST drama TV3 pada tahun 2015. Pada 2017, penyanyi dan penulis lirik ini kemudiannya tampil dengan 2 single iaitu single duet berjudul “Bujang Duda”, berkolaborasi dengan teman baiknya sendiri, CK Faizal. Juga, single berjudul “Cinta Terakhir” yang ditulis khas oleh beliau sendiri dan ditujukan istimewa buat bapa beliau yang telah kembali ke rahmatullah.

Antara lagu ‘unreleased’ yang boleh didapati di dalam album ini ialah “Berikan Masa” ciptaan komposer yang tidak asing lagi namanya di Malaysia, Hazami, dan “Tell Me Why” yang ditulis oleh Ir Radzi sendiri dengan susunan muziknya oleh Bemby Noor.

Karaoke lagu Ir Radzi eksklusif di rangkaian Red Box, Green Box & Red Box Plus karaoke. Terima Kasih #CloudworksEntertainment #IrRadzi #AOTM #Januari2018 #redboxkaraokemalaysia