Home / Events / Amir Masdi-Majlis Pelancaran Single & MV Terbaru

Amir Masdi-Majlis Pelancaran Single & MV Terbaru

1000x400

Bekas juara Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Syazwan Masdi bakal keluar dengan dengan single terbaru berjudul ‘Puas’. 

Single yang berkonsepkan balada moden ini merupakan pertaruhan ketiga Amir selepas tampil dengan single terdahulu, ‘Pemilik Cinta’ (2016) dan ‘Waktu’ (2017).  Hampir setahun sepi tanpa karya terbaru, Amir berkata bahawa dia mengambil masa yang lama untuk memilih lagu yang sesuai.

Amir yang gementar menanti penerimaan pendengar muzik tempatan berharap single ‘Puas’ ini mendapat sambutan yang lebih baik daripada lagu-lagu nyanyiannya terdahulu. “Mungkin pertaruhan saya terdahulu tidak begitu menjadi, tetapi saya percaya kepada rezeki. Yang penting saya kena terus berikan karya terbaik kepada pendengar.  Harapnya pertaruhan saya kali ini dapat mencuri perhatian pendengar muzik tanahair,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini.

Single ‘Puas’ bakal dilancarkan pada 14 OGOS 2018 ini di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. Manakala video muzik rasmi ‘Puas’ bakal dilancarkan di saluran YouTube Nova Music  pada tarikh yang sama.

Pihak Nova Music ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Red Box Karaoke  Malaysia atas tajaan lokasi  bagi majlis pelancaran single dan muzik video terbaru Amir Masdi dan lagu Puas ini hanya boleh dinyanyikan oleh semua pengunjung di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS pada 20hb Ogos 2018 nanti.