Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN OGOS – SHEILA MAJID

ARTIS BULAN OGOS – SHEILA MAJID

SHEILA MAJID 2017

KONSERT DATO’ SHEILA MAJID DI STADIUM NEGARA SAMBUTAN HANGAT

Sejak diumumkan tentang konsert Ratu Jazz Negara, Dato’ Sheila Majid bulan lalu, keterujaan dari para peminat untuk mendapatkan tiket ke konsert Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 begitu hangat sehingga dua kategori tiket (RM888 dan RM388) telah habis dijual.

Menurut penganjur, IME Malaysia, jualan tiket untuk Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017, yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2017 di Stadium Negara, telah menerima sambutan yang begitu membanggakan, berikutan para peminat yang begitu merindukan kemunculan semula idola ini.

Menurut Institut Kajian Pembangunan Komersil Taiwan, “Dato’ Sheila Majid ialah seorang ikon yang tidak pernah mengkompromi kualiti kerja beliau, seperti penggiat industri kami di Taiwan yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk menjamin kualiti keseluruhan produk.”

“Walaupun Taiwan bukan sebuah negara Muslim, banyak pengeluar telah mula memfokuskan kepada pasaran untuk pengguna Muslim yang semakin berkembang. Sehingga kini, kita ada lebih 500 pengeluar yang telah pun menerima pengiktirafan Jaminan Kualiti Halal Taiwan (THIDA), yang juga diiktiraf oleh JAKIM,” .

Festival Halal Taiwan, yang akan mengetengahkan 17 pengeluar halal terbaik negara tersebut, merangkumi produk kosmetik, makanan, produk kesihatan dan banyak lagi, diadakan serentak di lokasi konsert bermula pukul 5 petang. Ini merupakan platform yang baik untuk pengunjung konsert merasai sendiri produk-produk halal dari Taiwan selain melibatkan diri dalam permainan interaktif dan memenangi hadiah-hadiah menarik sebelum bermulanya konsert nanti.

Peminat pastinya dapat menjangkakan persembahan yang menakjubkan dari Dato Sheila Majid di Stadium Negara, bilamana beliau mengintegrasikan system audio bernilai jutaan ringgit dan disertai dengan 100 tenaga professional, pemuzik terhandal antarabangsa dengan pimpinan seorang Pengarah Muzik yang cukup sinonim dengan Dato Sheila Majid iaitu Mac Chew.

Diinspirasikan oleh kata-kata yang sering diucapkan oleh Dato Sheila Majid, “May Music Keep Us Together”, nantikan barisan lagu-lagu beliau, merentasi koleksi dari awal penglibatan dalam bidang muzik, sehinggalah hasil karya dalam album terbaru beliau, dipadukan dengan mutu nyanyian yang hebat.

More Info: Universal Music Malaysia

Sheila Majid – Boneka