Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN APRIL – BUNKFACE

ARTIS BULAN APRIL – BUNKFACE

2019.BF.Screensaver.Ad.Visual

Taruhan Terbaru Bunkface

Kumpulan Punk Rock tanahair Bunkface mempertaruhkan album terbaru mereka berjudul POP pada 10 Februari 2019 yang lepas di studio milik mereka sendiri di BF Rockstation, Subang Jaya. Taruhan yang berani dari kumpulan yang terkenal dengan genre Punk Rock pada album-album mereka sebelum ini dengan mengetengahkan genre Pop didalam album terbaru ini.

Album yang mempunyai 8 buah lagu ini mengandungi 4 buah lagu Bahasa Melayu dan 4 buah lagu Bahasa Inggeris serta Didatangkan dengan 2 jenis bungkusan yang berbeza, memberikan kelainan yang unik untuk peminat mereka. Bungkusan Platinum yang boleh didapati dengan harga RM 69.90 ini pasti menjadi rebutan Truebunkers kerana keunikan dari segi bungkusannya.Didatangkan dengan kad lirik yang di lukis & diillustrasikan oleh Sam sendiri. Ditanya mengapa album ini berjudul Pop, Sam memberitahu “Pop ini diambil kerana Bunkface menggunakan bunyi yang baru, jika dibandingkan dengan album-album terdahulu”.

Antara 4 lagu Bahasa Melayu yang terdapat didalam album ini adalah “Kembali”, “Takdir Kita”, “Setiap Malam Aku Bersamamu” & “Apa Pun Tak Boleh” duet bersama Caprice & Datuk Jeffrydin. Manakala lagu inggeris yang ada pula ialah “Shiver”, We’re Gonna Be Alright”, “Put On My Face” & “Dance With Me” duet bersama Shila Amzah.

Terkini, Bunkface bakal berkongsi pentas bersama band lagenda tanah air Wings pada 4 Mei ini di Dewan Merdeka, PWTC anjuran Awie Entertainment. Tiket boleh didapati dalam dua cara, iaitu secara tempahan melalui Sayap-Sayap Wings atau Bunkers. Satu lagi, peminat boleh mendapatkannya melalui sistem pembelian terus dari kaunter tiket di PWTC.

Konsert berlangsung 4 Mei 2019, Sabtu, 8.30 mlm di Dewan Merdeka, PWTC, KL. Tiket Hotline 019 – 708 2871

Maklumat Lanjut: Universal Music Malaysia
FB Page:
 Bunkface!
Instagram: @bunkfaceband
Twitter: @bunkfaceband

Bunkface – Apa Pun Tak Boleh ft. Datuk Jeffrydin, Caprice

Bunkface – Shiver

Bunkface – Setiap Malam Aku Bersamamu