Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN APRIL – FAZURA

ARTIS BULAN APRIL – FAZURA

AOTM_FAZURAppmt_04

TANDA HATI FAZURA BUAT PEMINAT
Album terjual lebih 6000 unit dan lebih 5 juta kali di ‘stream’

Umum sudah mengetahui malah dapat mendengarkan hasil album perdana Fazura yang dilancarkan pada 3 November lalu. Album yang mengandungi 9 buah lagu diterbitkan oleh antaranya Tantra Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Es-tranged), Ahmad “Kemat” Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly dan Megat Aizat mendapat sambutan yang baik dari para peminat industri muzik tempatan.

Walau kurang diyakini pada awalnya untuk bergelar penyanyi namun hasil kerja kuat dan cekal membuahkan berita gembira buat Fazura dan para peminatnya. Sejak dilancarkan pada 3 November lalu, album bertajuk ‘Fazura’ kini telah terjual sebanyak lebih 6000 unit! Malah melalui penjualan digital, album ini telah di’stream’lebih dari 5 juta kali! Suatu pencapaian yang membanggakan buat pendatang baru dunia muzik dengan sokongan padu para peminat muzik tanah air.

Selain lagu duet popular bersama Fattah Amin iaitu ‘Cinderella’, ramai peminat jatuh cinta dengan duet bertenaga bersama Ariadinata, vokalis utama band Indonesia, Samsons, dengan lagu ‘Cinta Langka’.

Album pertama Fazura tersebut turut menampilkan 2 trek bonus, termasuk sebuah lagu bersama kumpulan tempatan iaitu Estranged, bertajuk ‘Hancur Aku’.

Dan kini sebagai tanda hati Fazura buat para peminatnya, penyanyi dan pelakon terkenal ini mempersembahkan sebuah ‘showcase’ khas buat pembeli album dan peminat khususnya. Showcase ini diadakan di Clarke Ballroom, Le Meridien Lumpur pada 18 Mac lalu dan dibawakan oleh ONEMUSIC, satu aplikasi di mana peminat-peminat boleh aktif di sosial media sambil mendengar lagu-lagu melalui streaming.

Masih ada segolongan khalayak yang masih belum memandang serius profesion nyanyian Fazura, namun wanita yang punya kelas tersendiri ini turut dikenali sebagai seorang yang tidak takutkan cabaran. Isteri kepada Fattah Amin ini menganggap setiap kritikan sebagai pendorong untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik. Buktinya dengan kehadiran hampir 500 para peminat dan pihak media yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan doa buat perjalanan seni nyanyian Fazura.

Track List
1) Bangun
2) Bisa Apa
3) Cinderella (duet with Fattah Amin)
4) Lalu
5) Cinta Langka (feat Samsons)
6) Hanya Tuhan Yang Tahu
7) Only God Knows
8) Sayangi Dirimu (acoustic version )
9) Hancur Aku (duet with Estranged)

Karaoke lagu lama dan baru Fazura seperti ‘Hancur Aku’, ‘Nothing Like Pag-ibig’, ‘Bangun’, ‘Bisa Apa’, ‘Only God Knows’ dan ‘Sayangi Dirimu’ di mana-mana cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke. Untuk peluang memenangi album secara ekslusif, kunjungi mana-mana cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke!

Terima Kasih @Universal Music Malaysia

Fazura – Only God Knows

Fazura – Bangun