Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN DISEMBER – ATILIA

ARTIS BULAN DISEMBER – ATILIA

Atilia 2017

ATILIA- NO.3

Album No.3 ini mengambil masa hampir 3 tahun untuk disiapkan. Dengan jadual yang padat dengan jemputan persembahan korporat dan juga seorang guru yoga di Yoga Want That I Want Studios, tidak mematahkan semangat Atilia untuk terus menyiapkan album ini buat peminat-peminat setia beliau yang dahagakan album baru daripada Atilia.

Masih berkonsepkan Jazz Pop, album ketiga ini adalah hasil terbaik yang pernah di keluarkan oleh Atilia sendiri. Mempunyai tujuh buah lagu bahasa melayu dan dua buah lagu Inggeris.

Single pertama dari album ini adalah Bahagia Ku yang di tulis oleh Choky Naninggolan sepenuhnya dan diiringi oleh sebuah video muzik. Di dalam album ini juga, mempunyai dua buah lagu duet berjudul SandaranKu bersama Adibah Noor & SegalaNya bersama Lokman Aslam.

No.3 merupakan album ketiga daripada Atilia Haron atau Atilia yang akan dipasarkan mulai 1 September 2017. Mempunyai 9 buah lagu yang diterbitkan oleh Atilia bersama Jason Voo, Tok Khon & Adam Sufian. Atilia juga berperanan sebagai penerbit eksekutif untuk album ketiga ini. Proses rakaman serta adunan di Bsync Studio Malaysia dan juga di Real World Studios United Kingdom oleh Adam Sufian. Di master oleh Adam Sufian & Jason Voo di Landr. Projek ini adalah usahasama oleh Mujik Production Sdn Bhd dengan Warner Music (M) Sdn.Bhd.

Teristimewa buat peminat Atilia album lagu ‘No.3’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun disemua digital platform Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox mulai 1 September 2017!

Atilia Haron – Bahagiaku (Official Music Video)