Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN FEBRUARI – MONOLOQUE

ARTIS BULAN FEBRUARI – MONOLOQUE

monoloque_ssaver

MONOLOQUE | JANGAN PUJA SAMPAI KECEWA

Pada bulan Julai yang lepas MonoloQue telah meriliskan sebuah lagu berjudul ‘Slagi Ada Waktu’ di mana sebuah lagu  bergenre balada yang disalutkan dengan mesej-mesej “kerohanian universal”.  Terkenal dengan mengeksperimen muzik, menerbitkan single dalam genre sebegini cabaran baru dan asing bagi MonoloQue, tapi ianya dianggap sebagai pertaruhan terkini MonoloQue dalam memperkenalkan “Bunyi Baru Malaysia”.

Kini, MonoloQue tampil pula dengan album kedua ‘Jangan Puja Sampai Kecewa’ di mana terdapat 12 lagu baru termasuk lagu ‘Slagi Ada Waktu’. Memilih judul album ‘Jangan Puja Sampai Kecewa’ kerana ia boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara antaranya sebagai nasihat untuk menaikkan kesedaran sebagai rakyat Malaysia supaya terus berbangga dengan negara sendiri. Justeru, jangan terlalu taksub dan terpengaruh dengan bakat-bakat dan karya-karya luar sahaja. Bahkan, guna inspirasi karya-karya luar untuk diolah semula bagi menghasilkan karya yang melambangkan  jati diri sebagai anak Malaysia.

Kelainan album kali ini MonoloQue sudah menanam azam untuk mengeluarkan produk yang boleh dibanggakan sebagai “Bunyi Baru Malaysia” bagi menggapai misi yang telah di tetapkan. Proses pembikinan album ke-dua ini juga jauh berbeza dari pembikinan album pertama ‘Jejak Tanah’ pada Nov 2011, di ikuti dengan ‘Inderaloka EP’ pada Jun 2013. Album kali ini banyak penambahan watak baru yang diserap masuk bagi membantu merealisasikan wawasan loQue. Contohnya, penerbit bersama Aiyad Sakti / Hafiz Ahmad dan juga drummer terbaru Bakri Ismail disamping mengekalkan kolaborasi dengan ahli kumpuran tetap yang lain seperti Ijoo “Gagak Hitam” pada posisi gitar. Seluruh album ini di hantar ke Sterling Sound,NY utk proses Mastering oleh Greg Calbi. Greg adalah Mastering Engineer yang tersohor antara hasil kerjanya yang terkenal adalah Beck, David Bowie dan Tame Impala.

Harapan MonoloQue buat album ini agar dapat membuka telinga dan minda kepada pendengar terhadap Bunyi Baru Malaysia dan berharap dapat menaikkan semangat pemuzik mahupun pengkarya tempatan untuk mengeluarkan produk berkualiti yang lebih menggambarkan jati diri sebagai rakyat Malaysia, sebagai sebuah negara yang moden mengikuti arus zaman.

Teristimewa buat peminat MonoloQue album lagu ‘Jangan Puja Sampai Kecewa’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder, iTunes dan KKBox.

Ini pautan bagi ‘Jangan Puja Sampai Kecewa’ di digital platform: https://WMM.lnk.to/JPSK

Sila silalah ke www.monoloQue.com !
Instagram – @monoloQueRasmi
Twitter – @monoloQueRasmi
Facebook – monoloQue

monoloQue – Jangan Puja Sampai Kecewa (Suntingan Sutradara)