Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN JANUARI – AISHAH

ARTIS BULAN JANUARI – AISHAH

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau dikenali sebagai Aishah ialah seorang penyanyi hebat dan popular didalam industri muzik Malaysia. Kehebatan beliau dalam industri muzik semestinya tidak dapat disangkal lagi kerana beliau ialah penyanyi pertama yang memenangi anugerah keseluruhan Anugerah Juara Lagu lebih dari sekali iaitu pada tahun 1990 menerusi lagu Janji Manismu dan pada tahun 1995 menerusi lagu Cinta Beralih Arah.

Aishah kembali membuat kemunculan dipentas apabila beliau telah menjadi salah seorang dari peserta didalam program TV, Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017. Dengan pengalaman selama 30tahun didalam industri muzik, Aishah berjaya merangkul gelaran Juara didalam program TV tersebut.

Kini Aishah kembali dengan buah tangan terbaru dari beliau yang berjudul Malar bagi mengubati kerinduan para peminatnya. Malar adalah sebuah lagu bergenre balada dan hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer terkenal Malaysia, Hazami. Lagu Malar ini telah diterbitkan sepenuhnya oleh Cloudworks Entertainment.

Pada 12 December 2018 ini Aishah bakal melancarkan lagu dan Muzik Video rasmi Malar yang akan berlangsung di Red Box Karaoke, The Gardens Mall. Lagu dan Muzik Video rasmi Malar boleh didapati didalam versi karaoke ekslusif di semua rangkaian Red Box, Red Box PLUS dan Green Box.

Kini lagu Malar juga boleh didapati disemua platform digital muzik seperti Itunes, Joox, Spotify, dan Deezer.

Instagram: Aishahjmm
MORE INFO: Cloudworks Entertainment

Aishah – MALAR