Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN JANUARI – IR RADZI

ARTIS BULAN JANUARI – IR RADZI

irradzi_ssaver

Pelancaran Album ‘Sempurna’ Ir Radzi dan MTV Karaoke

Penyanyi kelahiran Sarawak, Mohamad Shah Riadzi atau lebih dikenali sebagai Ir Radzi terkenal dengan penyanyi lagu OST drama di Malaysia. Penyanyi, Komposer, Pelakon dan Pengacara ini mula berkecimpung dalam industri hiburan pada tahun 2006 dengan menyertai Bintang Remaja RTM, dan Soulstar Talent Borneo. Tahun 2006-2011, dalam Ir Radzi menguruskan perniagaan keluarga beliau di Kuching, beliau juga ada membuat persembahan untuk majlis-majlis korporat.

Pembukaan tahun 2018, Ir Radzi muncul dengan album debut beliau berjudul Sempurna. Pelancaran album debut iR Radzi sekaligus dengan pelancaran MTV Karaoke single terbaru beliau, Cinta Terakhir ekslusif di Redbox, The Garden. Redbox juga sebagai penaja utama untuk majlis pelancaran album debut iR Radzi hari ini. Kesemua single terbaru Ir Radzi boleh didapati dalam versi karaoke eksklusif di semua rangkaian Red Box, Green Box & Red Box PLUS.

Album ini mengandungi 8 buah lagu termasuk lagu popular beliau Sempurna Waktu dan Maafkan Aku. Di dalam album ini, iR Radzi bekerjasama dengan beberapa orang komposer Malaysia dan juga seberang. Hazami dan Audi Mok komposer dari Malaysia. Komposer seberang pula yang namanya tidak asing lagi iaitu Bemby Noor.

Ir Radzi mula merakamkan single pertama beliau, Kontra Analisa yang dicipta oleh Audi Mok dan terus dinobatkan sebagai Lagu Paling popular, Artis Paling Popular dan Artis Baru Terbaik di Anugerah Carta Borneo Era. Ir Rdzi meneruskan lagi perjalanan sebagai anak seni dengan merakamkan lagu Maafkan Aku dan Sempurna Waktu yang menjadi OST drama TV3 pada tahun 2015.

Tahun 2017, Penyanyi dan penulis lirik ini telah muncul dengan 2 single. Sebuah single duet berjudul Bujang Duda. Beliau berkolaborasi dengan teman baiknya sendiri, CK Faizal dalam pembikinan lagu dan juga menyanyikan lagu ini bersama. Juga single berjudul Cinta Terakhir yang ditulis khas oleh beliau sendiri dan ditujukan istimewa buat bapa beliau yang telah kembali ke rahmatullah.

Terdapat dua lagi ‘unreleased’ didalam album ini, iaitu “Berikan Masa” dan juga “Tell me why”. Berikan masa ditulis dan diciptakan khas oleh komposer yang tidak asing lagi namanya di Malaysia, Hazami. Lagu ini dirakamkan pada tahun 2017. “Tell me why” pula ditulis oleh beliau sendiri tetapi muziknya oleh Bemby Noor. Album iR Radzi sudah boleh didengari di semua platform muzik seperti Spotify, Joox, RAKU dan lain lain. Album ini juga boleh dibeli secara digital di iTunes.

Facebook: Ir Radzi Official
instagram : @irradzi
Twitter: @irradzi

iR RADZI – CINTA TERAKHIR [OFFICIAL MUSIC VIDEO]