Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN JULAI – ELLA

ARTIS BULAN JULAI – ELLA

ELLA_AOTM2018

PEACE.LOVE.RINDU Ella buat peminat

Kali terakhir Ratu Rock Negara, Ella menghasilkan album Rama Rama pada thaun 2007, hari ini penyanyi manja kesayangan ramai ini melahirkan rasa kerinduan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kepada peminat tegarnya.

Justeru, selepas 10 tahun tanpa naskah terbaru, Ella gigih menghasilkan sebuah album biarpun keadaan industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan apabila diukur dari sudut penghasilan album.

PEACE.LOVE.RINDU (P.L.R) begitulah judul album terbaharu daripada Ella.

Memuatkan lapan buah lagu, P.L.R adalah sebuah lagi album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Ella sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian.

Meletakkan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia seperti Datuk M. Nasir, Keon, Buddhi Hikayat, AD Samad, Edrie Hashim, Omar K, Faizal Tahir, Ezra Kong, AG Coco, Sam Bunkface dan Lord, P.L.R mengambil masa lebih dua tahun untuk disiapkan.

Ketelitian dalam menghasilkan P.L.R tidak dikompromi oleh Ratu Rock Negara ini kerana semestinya beliau mahukan hasil karya yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat tegar Ella.

Peminat Ella dewasa bersama Ella. Peminat Ella berkembang bersama karier muzik Ella. Bagi memenuhi citarasa muzik masa kini, Ella turut meletakkan kepercayaan kepada Faizal Tahir, Sam Bunkface dan AG Coco untuk sama-sama memantapkan lagi album P.L.R.

Semestinya nama Lord, Datuk M. Nasir dan Edrie Hashim tidak asing lagi kepada dunia komposisi dan penulisan lirik untuk lagu-lagu dendangan Ella.
Maka itulah, khidmat yang dicurahkan oleh komposer dan penulis lirik yang mempunyai nama besar dalam industri hiburan Malaysia terpahat dalam P.L.R.

Tidak lengkap rasanya sebuah album baharu daripada Ella tanpa muzik video.

Ku Sedia, judul single Ella telah dirakamkan kepada muzik video yang mana rakamannya diadakan di Yogyakarta, Indonesia.

Jadilah peminat awal membeli album terbaharu Ella, P.L.R yang memasuki pasaran pada 22 September ini, mengambil keberkatan Awal Muharam.

Ella menaruh kepercayaan kepada Universal Music Malaysia selaku penerbit album P.L.R, album Ella ini juga boleh dibeli di laman sesawang LAZADA.

XOXMobile, rakan niaga Universal Music Malaysia juga menjual album P.L.R daripada Ella dan ini memudahkan para peminat Ratu Rock Negara ini untuk mendapatkan album secara fizikal.

Antara lagu yang terdapat di dalam album P.L.R ialah Raguku. Lagu ini ciptaan Datuk M. Nasir, lirik oleh Keon.

Dalam album ini juga, bukan satu tetapi tiga buah lagu sumbangan komposer yang mempunyai sentuhan berbisa kerana M.Nasir berkolaborasi dengan Buddhi Hikayat, menghasilkan sebuah lagu yang cukup indah judulnya iaitu Abstraksi Hujan.

Bersama AD Samad, M. Nasir memberikan sebuah lagi lagu berjudul Comel untuk dimuatkan dalam album terbaharu Ella kali ini.

Selain M. Nasir, Edrie Hashim turut menyumbangkan sebuah lagu, Sujud, dalam album P.L.R.

Gandingan Faizal Tahir, Omar K dan Ezra Kong, terhasillah sebuah lagu berjudul Ku Sedia untuk dendangan Ella menerusi album P.L.R ini.

Lagu ciptaan Lord dan AG Coco selaku produser berjaya mencipta lagu yang juga menjadi judul album terbaharu Ella, Peace.Love.Rindu.

Dengan terhasilnya album P.L.R ini, Ella juga bakal mengadakan satu showcase untuk para peminatnya.

Di sini, bukan sahaja para peminat merindui Ella sebaliknya Ella yang merindukan para peminatnya, mahu menghadiahkan album dan persembahan bagi menghiburkan para peminatnya yang berada di seluruh pelosok tanah air.

ELLA

Universal Music Malaysia

ELLA – KU SEDIA