Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN JULAI – KHAI BAHAR

ARTIS BULAN JULAI – KHAI BAHAR

KhaiBahar.Screensaver
Kuala Lumpur – Setelah 3 tahun berkecimpung di dalam bidang nyanyian, penyanyi Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Bin Baharuddin kini muncul dengan album terbarunya berjudul – KHAI BAHAR – AIR MATA. Penyanyi yang berusia 25 tahun ini, muncul dengan album yang memuatkan 11 buah lagi di dalamnya.

Album terbitan sepenuhnya oleh syarikat rakamannya NAR Records Sdn Bhd akan menemui pendengar awal ogos depan. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Hj Kamal Kasim, di dalam album ini, kami menggabungkan beberapa komposer dan penulis lirik di antaranya, Manusia Putih, Azrul Azlan,Harris Yussof, Jim Bimasakti, Denny Mojo, Alam, Patrick Anohada juga Khai Bahar sendiri.

“Terdapat 11 lagu di dalam album ini, 6 yang telah dilancarkan dan 5 yang belum dilancarkan, 5 itu adalah, Air Mata, Menyesal, Dia, Penantian dan Keranamu. 5 lagu terbaru ini sudah pun boleh didengari di semua ‘Platform Social Media Worldwide’.” kata Hj kamal.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam perkembangan karier dan muzik saya sebelum ini khususnya dari label yang menaungi saya NAR Records, Abang Hafeez, Haji Kamal, Abang Amir, Kak Maz, Patrick, Neeta, Aliq, Kak Becky, Jeevia termasuk Abang Azahari yang banyak membantu, jasa kalian semua tetap ku kenang.” sambung Khai sempat mengambil kesempatan berterima kasih.

Khai juga berharap agar album ini mendapat tempat di hati peminat-peminat yang menyokong beliau dari awal penglibatan beliau hingga kini dan mengganggap ini adalah sebyah buah tangan dari dirinya untuk peminat.

Album ini di jual dengan harga RM32.90 dan hanya boleh di dapati melalui wakil-wakil NAR Records sahaja atau di Instagram Nar Records. Unit adalah terhad dan ekslusif. Sebarang pertanyaan tentang album boleh menghubungi Becky – 01123308086.

Facebook: Khai Bahar Official
Instagram: @khaibahar94
IG Nar Records: @narrecords

Khai Bahar – Air Mata

Khai Bahar – Menyesal

Khai Bahar – Keranamu