Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN JUN – ATMOSFERA

ARTIS BULAN JUN – ATMOSFERA

ppmt_04_ATMOSFERA

“ATMOSFERA” nama dicipta oleh 2 pasangan adik beradik ini adalah anak kelahiran Sabah. Mereka mencipta nama Atmosfera pada tahun 2010 dengan tidak sengajanya mereka bersahaja bernyanyi bersama rakan rakan dan bakat mereka disedari oleh rakan rakan mereka. Dengan itu, terciptalah nama “Atmosfera” kerana mereka akan takut dan risau karya 2 beradik ini tidak diterima masyarakat dimana mereka menganggap mereka akan duduk didalam “Atmosfera” mereka sahaja.
Rezeki berpihak kepada mereka, bakat Atmosfera disedari oleh Rusa Music dan memulakan single pertama mereka iaitu “Demi Si Kici” hasil ciptaan Hazrenol @ Ganak Atmosfera yang mulanya viral pada tahun 2013  tetapi kurang mendapat sambutan di radio.
Tanpa putus asa, mereka cuba sekali lagi single yang kedua iaitu “Berakhirlah Sudah” hasil ciptaan bapa mereka sendiri Rayner Alexander Rupin yang tercipta secara spontannya ketika dia sedang berkerja dan sehingga kini “Berkahirlah sudah” masih mendapat sambutan di semua pendegar radio dan kini telah mendapat 2.5juta penonton di Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=w4oyh99jSqw)

Atmosfera – Berakhirlah Sudah [Official Music Video]