Home / Artiste of The Month / Artis Bulan Mac – Amyra Rosli & Amar Baharin

Artis Bulan Mac – Amyra Rosli & Amar Baharin

ppmt_04_Amyra

MAJLIS PELANCARAN LAGU & MTV KARAOKE KISAH CINTA KITA
AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN

7 Februari 2017, Kuala Lumpur. Life Records dengan kerjasama Pena Creative Pictures Sdn Bhd dan Red Box Karaoke telah mengadakan majlis pelancaran Lagu dan MTV Karaoke “Kisah Cinta Kita” nyanyian bersama Amyra Rosli dan Amar Baharin bertempat di Red Box Karaoke Gardens.

Single “Kisah Cinta Kita” nyanyian bersama Amyra Rosli dan Amar Baharin merupakan hasil kerjasama di antara Life Records dengan Pena Creative.

“Kisah Cinta Kita” sebuah lagu yang diilhamkan oleh DJ Fuzz bersama Zah Amirul sementara liriknya di tulis oleh Adik Viral. DJ Fuzz bertindak sebagai penerbit sementara Emilia AF3 memberi bimbingan vokal kepada Amyra Rosli dan Amar Baharin.

“Kisah Cinta Kita” telahpun dilancarkan secara eksklusif untuk saluran-saluran streaming selama dua minggu di Apple Music bermula 27hb Januari 2017 yang lalu.

Versi karaoke lagu ini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box. Muzik video “Kisah Cinta Kita” buat pertama kalinya dipertontonkan kepada media pada majlis tersebut. Penggambaran muzik video ini telah dijalankan sepenuhnya di beberapa tempat menarik di Cardiff, Wales, United Kingdom di bawah arahan Rahila Ali.

Majlis ini juga meraikan pemenang-pemenang peraduan “Kisah Cinta Kita” dari Celcom dan juga Suria FM.

Life Records juga amat berterima kasih di atas kesudian pihak Red Box yang sudi menjadi penaja lokasi untuk majlis pelancaran ini. Sekalung penghargaan buat Aurawhite yang sudi menaja goodie bags dan hadiah untuk media dan tetamu majlis ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada pihak media cetak dan media elektronik yang turut bersama hadir dan memberikan sokongan kepada Amyra Rosli dan Amar Baharin menerusi single duet mereka ‘Kisah Cinta Kita’.

Facebook:
https://www.facebook.com/liferecordsmalaysia
Instagram:
@liferecordsmy
Twitter:
@liferecordsmy
Youtube:
https://www.youtube.com/user/liferecordsmalaysia

KisahCintaKita1 KisahCintaKita2

Amyra Rosli & Amar Baharin – Kisah Cinta Kita (Official Music Video)