Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN NOVEMBER – TAJUL

ARTIS BULAN NOVEMBER – TAJUL

Tajul_ssaver

Melonjak naik dengan single pertama SEDALAM DALAM RINDU membuktikan Tajul mampu berdiri sendiri tanpa bersandarkan populariti abangnya, allahyarham Achik, Spin. Melaluinya, Tajul turut berjaya tercalon di dalam senarai Top 5 – penyanyi baru lelaki popular ABPBH 2017.

Gosip cinta Tajul dan penyanyi cantik Wany Hasrita secara tidak langsung melonjakkan single ke 2 yang turut menggandingkan mereka berdua – DI SANA CINTA DI SINI RINDU. Hingga ada yang mengatakan bahawa Tajul dan Wany Hasrita merupakan pasangan duet serasi pengganti Achik dan Nana.

Disusuli single ke 3 Melamar Rindu. Dan seterusnya kembali mencetuskan kontroversi melalui single terbaru berjudul – HASRITA sehingga tular di laman sosial mengatakan lagu tersebut ditujukan khas untuk Wany Hasrita.

Bercita-cita untuk meneruskan perjuangan seni abangnya yang terhenti, kini Tajul menarik nafas lega apabila album sulung beliau berjaya dilengkapkan.

Senarai lagu yang terkandung dalam album TAJUL – SEDALAM DALAM RINDU

1. SEDALAM DALAM RINDU
2. DISANA CINTA DISINI RINDU – DUET WANY HASRITA
3. MELAMAR RINDU
4. HASRITA
5. KEMBALIKAN RINDU

TAJUL Facebook : Tajul Arif III
TAJUL Instagram / Twitter : @tajulofficial
FMC Music FB
FMC Music Website