Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN NOVEMBER – XPOSE BAND

ARTIS BULAN NOVEMBER – XPOSE BAND

XPOSE 2017

“SANDIWARA” DARI XPOSE BAND

Hampir 5 tahun syarikat rakaman Suria Records Sdn. Bhd tidak mempertaruhkan band muzik. Sebelum ini banyak band dari Suria Records dapat mencipta nama di industri muzik tanah air, antaranya ialah Handy Black, May, New Boyz, 2By2, Sofaz dan ramai lagi. Banyak band muzik dibawah naungan Suria Records telah berjaya menempa nama dalam industri muzik dengan kelebihan tersendiri. Selepas sekian lama Suria Records tidak tampil mempertaruhkan band muzik, kali ini, tahun 2017 Suria Records kembali menggegarkan industri muzik dengan menampilkan band baru yang di anggotai 5 orang anak muda yang mempunyai kepakaran dalam bidang muzik.

Xpose Band, pasti nama tersebut belum senonim dalam industri muzik. Xpose Band yang terdiri daripada 5 orang anak muda, antaranya Furhan(Vokalis), Gitar(Fakrul), Bass(Eppy), Keyboard(Zaim) & Drum(Taqim). Sebelum ini Xpose Band begerak secara bebas dan aktif di beberapa acara-acara keramaian. Disebabkan bakat dan aktif tampil di pelbagai acara, Suria Records tertarik dengan Xpose Band. Sebagai untuk lebih serius, pihak Suria Records mengadakan pertemuan dan berbincang dgn Xpose Band untuk diangkat secara serius dalam industri muzik. Dengan hasil perbincangan tersebut, Xpose Band telah bersetuju dengan berteraskan syarat dan perjanjian antara syarikat rakaman dan artis.

Mengatur langkah yang serius, Xpose Band mula merakam lagu untuk pasaran muzik tanah air. Walaubagaimanapun, lagu yang dirakam itu sudah dicipta terlebih dahulu oleh Din Omar (bassist band Lela). Namun untuk pasaran muzik tanah air dan “radio friendly” lagu tersebut mendapat sentuhan dan nafas baru dari producer yang terkenal iaitu Zimie Sofaz. Lagu ini diberi nafas baru pada muzik saja, dari segi lirik tidak diubah yang telah ditulis oleh Lan Todak(drummer band Lela). Lagu yang ditulis ini telah dinamakan Sandiwara.

Sandiwara ini telah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah melakukan kesilapan dalam hidupnya sehingga memberi kesan negative pada dirinya. Sandiwara ini merayu untuk putarkan masa kepada masa yang dulu kerana ingin mengubah kehidupan. Walauapapun, hidup harus diteruskan. Sebagai manusia kita harus mengubah kehidupan kearah lebih baik. Kesilapan yang telah terjadi itu dianggap saja sebagai pengajaran untuk teruskan kehidupan di atas muka bumi ini.

Untuk merasa lebih dekat dengan pendengar diluar sana, kini Sandiwara di keluarkan dalam bentuk karaoke. Dan lebih menarik lagi, hari ini adalah hari pertama klip video Sandiwara versi karaoke di lancarkan secara eksklusif di Red Box, The Gardens. Pendengar boleh mula berkaraoke lagu Sandiwara bermula hari ini. Dengan kerjasama Red Box Karaoke, mengharapkan lagu ini lebih dikenali dan terpahat dihati pendengar diluar sana.

Setelah 2 bulan berada di laman “Youtube”, klip video Sandiwara ini mendapat tontonan hampir mencecah 2juta. Lebih menarik lagi, lagu ini juga turut berada dalam digital streaming seperti iTunes, Spotify, Joox, kKbox, raku, Yonder, akazoo dan Deezer. Sandiwara juga turut boleh didengar terus menerusi laman sesawang suriarecords.com.my .

Harapan untuk lagu Sandiwara pastinya mengharapkan ia mendapat tempat di seluruh radio di Malaysia dan juga mendapat tempat di semua hati pendengar di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia. Jangan lupa untuk mendengar dan mengundi lagu Sandiwara di stesen-stesen radio pilihan anda.

Social media:
@official_xpose
@suriarecords

Xpose Band – Sandiwara (Official Music Video)