Home / Uncategorized / ARTIS BULAN OGOS – SABYAN GAMBUS

ARTIS BULAN OGOS – SABYAN GAMBUS

AOTM.Aug.Sabyan.Screensaver.Ad

Fenomena Sabyan Gambus telah berjaya membawa perubahan besar ke atas muzik gambus yang selama ini sinonim kepada penyampaian lagu-lagu selawat dan keagamaan.

Masih mengekalkan kandungan Islamik, Sabyan Gambus dengan pengikut di Instagram melebihi 2.5 juta followers, berjaya menampilkan muzik gambus yang sebelum ini terkesan membosankan, kepada sebuah sajian muzik yang moden dan menghiburkan.

Ahli kumpulan Sabyan Gambus terdiri daripada Khoirunnisa atau Nissa (vokalis), Anisa Rahman (vokalis dua), Ayus (keyboard), Kamal (pemain gendang), Tebe (pemain biola) dan Sofwan (MC). Membawa pendekatan muzik gambus dari Timur Tengah, kumpulan yang berasal dari Jakarta ini turut mementingkan komposisi muzik yang bukan sahaja terkini malah unik dalam usaha memikat semua golongan pendengar terutamanya yang muda dan dewasa.

Hasilnya, sejak diperdengarkan, bukan hanya anggota Sabyan Gambus dan vokalis sahaja yang menjadi terkenal, malah lagu-lagu gambus yang sudah sejak dulu dimuatnaik di YouTube seakan-akan mendapat angin segar yang baharu. Salah seorang vokalis Sabyan Gambus, Khoirunissa atau yang dikenal dengan Nissa Sabyan kini memiliki lebih dari 12.5 juta followers.

Antara lagu selawat yang paling popular dibawakan Sabyan diantaranya adalah Ya Maulana, Deen Assalam, Ya Jamalu, Law Kana Bainanal Habib, Ya Habibal Qolbi, Rahman ya Rahman, Ya Asyiqol Musthofa, Ahmad Ya Habibi, Ya Taiba, Qomarun, Assalamualaika ya Rasulullah dan lainnya. Lagu “Deen Assalam” sudah ditonton oleh lebih daripada 200 juta penggemar, sedangkan rekod tertinggi penonton diraih oleh “Ya Habibal Qolbi” yang disaksikan lebih dari 300 juta kali.

Perjalanan Sabyan Gambus masih sangat muda dan hanya waktu yang boleh menjawab, apakah Sabyan Gambus dapat terus bertahan di dalam industri muzik ini. Namun satu hal yang pasti, Sabyan Gambus sudah berhasil melakukan sesuatu yang selama ini diragui iaitu membawa muzik gambus menembusi dominasi muzik pop dan dangdut di industri muzik Indonesia.

Terima Kasih juga diucapkan kepada para pendengar di Malaysia kerana sudi menjadi pendengar dan menyokong Sabyan Gambus.

Bersempena ketibaan Hari Raya Haji, Red Box Karaoke membawakan Sabyan Gambus sebagai artis bulan Ogos, dengan menampilkan dua single Deen Assalam & Ya Maulana dalam versi karaoke di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box Plus.

Untuk peluang memenangi album berikut, terus ikuti kami di Facebook Red Box Karaoke Malaysia https://www.facebook.com/redboxkaraokemalaysia/

Lagu-lagu yang terdapat dalam Album Sabyan (Ya Maulana):

  1. Ya Maulana (Cpt. MuhamadFairus)
  2. Ya Asyiqol Musthofa (Cpt. Syaikh Ali Assa’adi)
  3. Ya Habibal Qolby (Cipt. NN)
  4. Ya Jamalu (Cipt. Jamal Shamaa)
  5. Deen Assalam (Cipt. Sulaiman Al-Mughni)

Lagu-lagu yang terdapat dalam Album Sabyan (Bismillah) :

  • Bismillah
  • Ya Romdhon
  • Idul Fitri
  • Allahumma Labaik
  • Ya Allah Biha
  • El Oum
  • Alfassalam
  • Syukran Lillah

Contest has ended.

YouTube: Official Sabyan Gambus
Instagram: @sabyan_gambus

Sabyan Gambus – Deen Assalam

Sabyan Gambus – Ya Maulana