Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN OKTOBER – HAQIEM RUSLI

ARTIS BULAN OKTOBER – HAQIEM RUSLI

HAQIEM RUSLI

Haqiem Rusli penyanyi remaja lelaki yang juga berbakat dalam penciptaan lagu. Minat beliau yang mendalam dalam muzik membuatkan beliau dilihat sebagai pelapis generasi baru yang berpotensi besar dalam meruskan legasi industri muzik tanahair di masa depan sama ada sebagai penyanyi mahupun sebagai composer.
Taruhan pertama melalui single TERGANTUNG SEPI melonjakkan nama Haqiem Rusli sebaris penyanyi baru popular. Pemenang tempat ke – 3 Anugerah Juara Lagu menerusi lagi Tergantung Sepi ini kini semakin optimis dalam meneruskan kerjaya beliau bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu. Terdapat bebarapa buah lagu beliau yang telah dirakamkan oleh artis – artis seangkatan beliau.
Pengalaman beliau yang pernah menyertai Idola Kecil serta pertandingan Mentor anjuran TV3 dijadikan sebagai penggalak dan pemangkin untuk haqiem terus bekarya dan berani untuk berdiri dalam bidang seni. Kegagalan masa lalu bukan pengukur untuk terus berada dalam keduduakan gagal selamanya.
Setelah kejayaan Tergantung sepi, single seterusnya – Segalanya dan Jatuh Bangun turut mendapat perhatian pendengar dan peminat. Malah sering menduduki carta tertinggi dalam carta lagu lagu popular di radio dan TV.
Kini Haqiem Rusli muncul dengan sebuah album yang memuatkan 7 buah lagu

Lagu – lagu yang terkandung dalam album HAQIEM RUSLI – SEGALANYA

1. TERGANTUNG SEPI
2. SEGALANYA
3. JATUH BANGUN
4. PERJALANAN
5. SAYANG
6. QIEMILLIO
7. JATUH BANGUN (REMIX)

Album pertama ini di anggap sebagai hadiah dari Haqiem Rusli kepada semua penyokong beliau yang setia menyokong beliau walaupun pelbagai kontroversi yang melanda. Album ini juga sebagai tanda terima kasih Haqiem kepada peminat yang dikasihi.

FMC Music FB
FMC Music Website