Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN SEPTEMBER – AMAN RA

ARTIS BULAN SEPTEMBER – AMAN RA

SEPT.AOTM.AMAN.RA.Screensaver

Aman RA, merupakan penyanyi hip hop dan penerbit yang berjaya membina audiens lebih daripada 34 juta penonton di YouTube, sehingga kini. Dikenali sebagai “Budak Flat” di Malaysia, Aman RA lantang bersuara dan berhujah menerusi lagu. Dalam mencapai kelompok audiens yang lebih besar, Aman RA turut berkolaborasi bersama artis senior yang lain seperti Altimet, Hunny Madu, Dayang Nurfaizah dan Hazama.

BERMULA DI AU3
Aman Bin Jamaluddin dilahirkan pada 20 April 1987 di Kuala Lumpur. Keghairahan dan minat Aman RA untuk rap bermula di sekolah menengah, berawal dari mengekspresikan masalah yang dilaluinya melalui tulisan lirik.

Pada tahun 2006, rapping Aman RA bermula dengan nama Kraft. Beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan yang dipanggil College Dropouts, hasil gandingan dengan rakan sekolah menengahnya, Caprice. Kumpulan ini bertanding di ASTRO’s Hitz.TV Blast Off (Season 3), sebuah program realiti muzik dan berjaya menduduki tempat ke-2.

Di situlah nama Kraft mula dikenali di dalam industri dan mula dihargai oleh peminat dari genre yang sama. Aman RA kemudiannya bersaing dalam beberapa pertempuran rap dalam “2009 Think You Got Skillz?” (TYGS), “Freestyle Rap Battle” yang mana beliau telah diiktiraf sebagai “Juara Bertahan” dan menerima Anugerah Most Valuable Poet (MVP) untuk bakatnya yang luar biasa.

Dalam tahun yang sama, Kraft kemudiannya mengeluarkan single pertama berjudul, “Diamonds”, yang bukan sahaja viral di media sosial, malah menduduki carta radio tempatan. Dan, ketika dipertandingkan di VIMA 2010 (Voice Independant Music Awards), Diamonds telah memenangi Anugerah Hip Hop / Urban Song. Diamonds turut mendapat anugerah dan pengiktirafan sebagai “Song Of the Year”.

KEMUNCULAN SEMULA MVP
Selepas dua tahun menyepi atas sebab-sebab peribadi, beliau kembali dengan nama Aman RA dan terus mengukuhkan title sebagai rapper yang masih kompetitif dan tak mudah kalah dalam mana-mana pertandingan. Hasilnya, Aman RA berjaya memenangi Most Valuable Poet (MVP) di dalam pertandingan “WORD Rap Battle” 8TV, dengan membawa pulang hadiah utama sebanyak RM25,000.

PANTUN 100 KERAT
Pada Februari 2014, “Pantun 100 Kerat” kemudiannya dilancarkan dengan lirik hasil tulisannya sendiri, yang antara lain menceritakan fasa soul-searching dan kepulangan Aman RA secara serius di dalam industri muzik. Jika diamati, ia juga merupakan anjakan paradigma Aman RA yang mula melihat industri yang diceburi ini sebagai perniagaan. Berikutan kejayaan lagu BudakFlat pada 2016, Aman RA kemudiannya melancarkan produknya sendiri di bawah jenama BudakFlat Co. Antara barangan yang dipasarkan adalah Topi dan T-shirt “Boleh Pergi Mampos”.

REBEL 2018
Impian Aman RA untuk menghasilkan album penuh kemudiannya tercapai menerusi REBEL yang berjaya dilancarkan pada 2018. REBEL mengambil semangat yakin diri atas apa jua yang kita percaya sebagai betul dan mengajak individu untuk menjadi diri sendiri tanpa kompromi.

Antara empat single daripada album ini dengan video muzik rasmi yang telah dikeluarkan adalah:
• April 2016 Budak Flat
• Januari 2018 YeDowh
• Mac 2018 Tabah
• Mei 2018 Malu Tanya Sesat

Muzik dan lirik lagu masing-masing berkaitan dengan pelbagai tema yang berputar di sekitar keputus-asaan, paranoia, rasa sakit, iman, harapan dan kuasa dalam usaha mencapai keamanan.

Untuk berita terkini dan kemas kini sila layari platform media sosial Aman RA di:
Facebook: Aman RA 
Instagram: @amanracom
Twitter: Aman RA

Aman RA – Bangun

Aman RA – Berada ft. Altimet, Noh Salleh