Home / Artiste of The Month / ARTIS BULAN SEPTEMBER – WANY HASRITA

ARTIS BULAN SEPTEMBER – WANY HASRITA

wany3

Wany Hasrita – gadis kelahiran Kuala Lumpur yang  bakal menjengah usia 26 tahun disember nanti, sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Percaturan beliau untuk melangkah masuk dalam industri hiburan tanah air ibarat langkah kanan dan tepat pada waktunya.

Single pertama yang dirakamkan secara duet bersama penyanyi Korea Kim Dong Giun – Memori berkasih (penyanyi asal – Siti Nordiana dan Achik Spin ) telah membuat banyak mata tertumpu pada pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah.

Bukan sahaja memiliki paras rupa yang cantik malah Wany juga boleh dikategorikan sebagai antara pendatang baru yang memiliki vokal yang baik dan sedap didengar . Menahan Rindu sebuah lagu berhantu yang berjaya melonjakkan nama Wany hasrita sehingga sampai ke pentas Juara Lagu.

Walaupun tidak memenangi tangga tertinggi di Anugerah Juara Lagu, tersenarai di antara 12 lagu terbaik sudah cukup membanggakan bagi pendatang baru seperti Wany hasrita.

Pemegang Ijazah – Bachelor in Medical Science (Hons) dari MSU ini, kini semakin yakin berdiri apabila telah berjaya menghasilkan sebuah album yang mengandungi 5 buah lagu yang rata – rata popular dan sering diputarkan di semua radio tempatan tanah air.

1 lagi kelebihan yang ada dalam diri penyanyi cantik ini ialah, kebolehan beliau mengalunkan lagu irama Malaysia dengan baik. Vokal beliau yang lunak merdu pasti membuat ramai  terpukau mendengar kelembutan patah lagu yang dialunkan dalam single irama Malaysia yang berjudul – Ewah Ewah

Antara lagu – lagu yang terkandung dalam album :-

WANY HASRITA – MENAHAN RINDU
1. MENAHAN RINDU
2. RINDU DALAM BENCI (DUET TAJUL)
3. RINTIHAN RINDU
4. EWAH – EWAH
5. SEMAKIN CINTA

Terkini Wany hasrita telah terpilih untuk menyertai Toyota Gazoo Racing musim kedua bersama beberapa artis popular lain. Semoga nama Wany Hasrita terus mekar sebagai pejuang seni yang mengekalkan imej gadis Melayu yang sopan dan anggun.

WANY HASRITA :
Instagram : @wanyhasrita
Facebook : Nurshazwany Hasrita
Twitter : @shazwanyhasrita
FMC Music

Wany Hasrita – Rintihan Rindu