Home / Contests / Menangi 2 Tiket ke DEWA19 Reunion Live In Malaysia

Menangi 2 Tiket ke DEWA19 Reunion Live In Malaysia

2

DEWA 19 KEMBALI KE MALAYSIA

#dewa19reunionMY

IG: dewa19reunionmy

FB: Dewa19 Reunion MY

TWITTER: @Dewa19ReunionMY

Dewa 19 Reunion Live In Malaysia!

Mendengar berita ini sahaja sudah membuatkan penganut setia yang begitu sinonim dengan panggilan Baladewa penasaran.

Ia bukan sekadar Dewa 19 di Malaysia, tetapi ajaibnya kedatangan mereka pada kali ini bakal menyaksikan formasi lengkap mantan vokalisnya dari beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986.

Ini akan menjadi sebuah reunion fantastik dan momen manis yang tidak layak dilepaskan!

Bayangkan Ari Lasso dan Once bergabung mendendangkan karya penuh roh Dewa 19 di dalam sebuah konsert.

Ya, Ari Lasso si pemilik vokal dari syurga yang antaranya menjadi faktor meledaknya album perdana mereka Dewa 19 menerusi Kangen pada awal 90-an bersetuju untuk tampil di konsert ini.

Once, vokalis lelaki dengan suara super powernya juga tidak punya masalah bergabung sama. Bersama Once, Dewa 19 yang sempat memakai nama Dewa meraih sukses luar biasa menerusi deretan beberapa albumnya termasuk Bintang Lima yang diiktiraf sebagai album terlaris dijual oleh band tersebut pada tahun 2000.

Memantapkan Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya, si mastermind Ahmad Dhani melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini dalam konsert yang bakal berlangsung kelak.

Berdiri di belakang mereka yang sentiasa menguatkan jentera Dewa 19 bersama instrumen masing-masing adalah Andra (gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum).

Tyo Nugros, si penabuk drum yang tidak sedikit telah menumpahkan khidmatnya bersama band asal Surabaya ini akan menjadi tarikan dalam konsert bersejarah ini kelak.

Memilih tanggal 2 Februari 2019, Sabtu, dengan bangganya Nizra Production akan mencipta sejarah tersendiri apabila Dewa 19 Reunion Live in Malaysia akan meledakkan adrenalin Baladewa dan Baladewi di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

“Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia. Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production.

Sedar Baladewa sudah terlalu kangen terhadap persembahan mereka, Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 ke 35 untaian hit daripada ratusan katalog hit yang dimilikinya menerusi album pertama sehingga yang terakhir “Kerajaan Cinta” yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu.

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!,” ujar Dhani pula.

Untuk rekod, Dewa 19 Reunion Live in Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini.

Justeru itu, untuk sekalian Baladewa, jangan menunggu lama untuk membeli tiket yang telah mula dijual jika kalian enggan terlepas kembali menelusuri masa lampau bersama Elang, Larut, Cemburu, Pupus, Mistikus Cinta atau Sedang Ingin Bercinta yang akan bergema di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2  Februari 2019 bermula pukul 8.30 malam kelak.

Pastikan kalian memiliki tiket-tiket berharga:-
RM238 – Cat 3 (Reserved Seating)
RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)
RM458 –  Cat 1 (VIP Reserved Seating)
RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating) 

Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my

Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di 017-279 2118 untuk keterangan lanjut.

Diskografi:
Album Studio

  • Dewa 19 (1992)
  • Format Masa Depan (1994)
  • Terbaik Terbaik (1995)
  • Pandawa Lima (1997)
  • Bintang Lima (2000)
  • Cintailah Cinta (2002)
  • Laskar Cinta (2004)
  • Republic Cinta (2006)
  • Kerajaan Cinta (2007)

Album Live

  • Atas Nama Cinta I & II (2004)
  • Live in Japan (limited Edition DVD) (2005)

Album Kompilasi

  • The Best of Dewa 19 (1999)
  • The Best of Republik Cinta Management (2009)

Formasi Dewa sekarang

  • Ahmad Dhani, Andra, Yuke, Agung

 Mantan Dewa

  • Vokalis: Ari Lasso, Once
  • Pemain drum: Wawan, Erwin, Wong Aksan, Gabriel Bimo, Tyo Nugros

Dewa19.Web.Banner.Ad

[PERADUAN]

2 keping menyaksikan ‘Dewa 19 Reunion Live In Malaysia’!
02.02.2019, Sabtu, Stadium Malawati Shah Alam. Anjuran Nizra Production.

Jawab soalan berikut.

i. Namakan mantan vokalis Dewa 19?
ii. Lagu Dewa 19 yang sering menjadi pilihan anda berkaraoke di Red Box & Green Box Karaoke. Kenapa?
iii. Like, Share dan Tag salah seorang rakan FB anda.
iv. Hantarkan butiran anda di sini.

* Tarikh tutup peraduan: 23hb Januari 2019.

* Tertakluk terma dan syarat.
* Pemenang dikehendaki menuntut hadiah di Red Box, The Gardens Mall sahaja.

Menangi 2 Tiket ke DEWA 19 Reunion Live In Malaysia!

Sertakan maklumat peribadi anda dan berpeluang memenangi tiket eksklusif ke 'Menangi 2 Tiket ke DEWA 19 Reunion Live In Malaysia' (Tarikh tutup peraduan: 23hb Januari 2019)

  • Terma Dan Syarat:
    1. Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia.
    2. Pemberitahuan pemenang akan dimaklumkan melalui laman Facebook Red Box Karaoke Malaysia (https://www.facebook.com/redboxkaraokemalaysia) atau laman web (www.redbox.com.my)
    3. Pemenang dikehendaki menuntut hadiah di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur sahaja.
    4. Para pemenang dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan (KP) mereka untuk tujuan penyelidikan sebagai bukti identiti, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan.
    5. Kesemua hadiah perlu dituntut dalam tempoh yang ditentukan, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan.
    6. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
    7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan hadiah semasa penebusan.
    8. Keputusan juri adalah akhir dan muktamad. Tiada sebarang pertanyaan (lisan atau bertulis) akan dilayan.