Home / Events / DIA BAND SINGLE LAUNCH

DIA BAND SINGLE LAUNCH

1000x400

Berbekalkan single pertama berjudul ‘Mungkin’ sebelum ini, Dia Band, yakin dan berharap bahawa ini adalah tiket bagi mereka untuk memasuki industri hiburan tanahair dengan lebih dikenali berbanding sebelum ini.

Dia Band ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai lima pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), Isma (bassist) dan Izhan (vocal). Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions.

Dia Band yang berasal dari Johor, diketuai oleh Fauzi selaku pengasas dan pemain dram. Memasuki tahun keenam penubuhan Dia Band sebagai sebuah band, Dia Band telah pun menghasilkan 2 buah lagu single.Lagu single pertama yang berjudul ‘Mungkin’ diterbitkan pada tahun 2016.Manakala lagu single kedua Dia Band yang berjudul ‘LupakanDia’ kini baru diterbitkan pada tahun 2018.

Lagu single kedua Dia Band “Lupakan Dia” ini juga dicipta sepenuhnya oleh Komposer ‘Edry Abd Halim’ dengan muzik arrangement Dia Band sendiri dan dilancarkan pada 3 Mac 2018.Dia Band menetapkan konsep muzik pop/rock balada yang beralunkan Indo pop dengan elemen Melayu moden yang begitu mesra dalam kalangan pendengar tempatan untuk dipersembahkan didalam lagu-lagu Dia Band.

Dia Band dan Eizi Productions yang juga merupakan sebuah syarikat Sound and light rental telah bekerjasama dengan ‘Impact Music & Entertainment’ sebagai Artis Management Unit yang menjaga segala gerakan Dia Band Dan Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd Merupakan pengedar dan menguruskan RBT di Malaysia.

Untuk pembikinan MTV ‘Lupakan Dia’ kami juga telah bekerjasama dengan ikon pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dalam penghasilan Muzik Video Dia Band “Lupakan Dia”. Selain berharap ‘LupakanDia’ menjadi batu loncatan bagi mereka memasuki industry hiburan tanah air secara mainstream untuk lebih dikenali.

‘Lupakan Dia’ secara rasminya dilancarkan pada 3 Mac 2018 di laman Youtube Eizi Productions. Selain itu, lagu ini juga boleh dimuat turun di saluran telco di Malaysia, Singapura,Indonesia serta iTunes, Spotify, Joox dan pelbagai platform muzik digital yang lain.

Dengan rendah diri dari pihak Dia Band Berharap single ‘Lupakan Dia’ ini, boleh diterima dan mendapat tempat di telinga pendengarnya di luar sana yang belum atau sebelumnya sudah mengetahui tahu lagu ini.

Dengan Pelancaran single Dia Band“Lupakan Dia” versi karaoke lagu ini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke”.