Home / Contests / “DIRGAHAYU” – KARAOKE & MENANG RM3,000!

“DIRGAHAYU” – KARAOKE & MENANG RM3,000!

Dirgahayu_screensaver

DIRGAHAYU – FAIZAL TAHIR & DATO SITI NURHALIZA

KARAOKE & MENANG RM3, 000!

Warner Music (M) Sdn Bhd berkolaborasi bersama Red Box & Green Box Karaoke Malaysia menganjurkan sebuah pertandingan “Karaoke & Menang” wang tunai berjumlah RM3,000!

Kolaborasi ini bertujuan mempromosikan lagu “Dirgahayu”, sebuah gandingan mantap dua penyanyi terkenal tanah air; Faizal Tahir dan Dato’ Siti Nurhaliza.

Terpilih sebagai lagu tema untuk drama 100 episod, “Lara Aishah” terbitan Global Station Sdn. Bhd., kehebatan lagu “Dirgahayu” tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah tatapan Muzik Video “Dirgahayu” di YouTube kini mencecah lebih 4.5 juta penonton, kurang dari tiga bulan. Walaupun baru, “Dirgahayu” merupakan salah satu lagu yang tidak asing dan sering dinyanyikan di pusat karaoke terutamanya di Red Box dan Green Box.

Pertandingan “Karaoke & Menang” ini akan berlangsung selama satu bulan bermula dari 1 April 2017 sehingga 30 April 2017. Dalam tempoh tersebut, para peserta boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan merakam video nyanyian lagu “Dirgahayu” di mana-mana cawangan Red Box dan Green Box Karaoke dan memuat naik video mereka di Instagram, berserta hashtag #DirgahayuRedBox dan tag @WarnerMusicMalaysia @RedBoxKaraokeMalaysia. Jangan lupa sertakan slogan, saya suka lagu Dirgahayu kerana ……

3 orang pemenang bertuah dengan slogan yang paling kreatif dan video yang paling menarik bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang, sumbangan Warner Music Malaysia. Semoga berjaya!

Dirgahayu (Official Music Video) – Dato’ Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Pertandingan dibuka sehingga 30 April 2017.
*Tertakluk terma dan syarat.

Terima Kasih Warner Music Malaysia.

Terma dan Syarat:-
1. VIDEO yang dihantar mestilah yang asli dan belum pernah digunakan untuk sebarang peraduan dan penerbitan.
2. VIDEO yang dihasilkan mestilah berdurasi TIDAK kurang dari 30 saat.
3. VIDEO berunsur negatif TIDAK layak untuk dipertandingkan.
4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak VIDEO tetapi peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
5. Pastikan juga anda menggunakan Hashtag yang telah ditetapkan dan sertakan slogan anda.
6. Pemberitahuan pemenang akan dimaklumkan melalui laman Facebook I Luv Red Box Fans Club (https://www.facebook.com/redboxfans) atau laman web (www.redbox.com.my)
7. Pemenang dikehendaki menuntut hadiah di Red Box atau Green Box yang ditentukan sahaja.
8. Para pemenang dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan (KP) mereka untuk tujuan penyelidikan sebagai bukti identiti, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan.
9. Kesemua hadiah perlu dituntut dalam tempoh yang ditentukan, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan.
10. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
11. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan hadiah semasa penebusan.
12. Keputusan juri adalah akhir dan muktamad. Tiada sebarang pertanyaan (lisan atau bertulis) akan dilayan.