Home / Events / Pelancaran Muzik Video I AM ME Dato’ Seri Vida

Pelancaran Muzik Video I AM ME Dato’ Seri Vida

1000x400-copy-3

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2017- Rentetan kejayaan lagu ‘I Am Me’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Seri Vida atau popular dikenali dengan panggilan ‘DSV’ mendapat sambutan yang sangat luar biasa, buat julung-julung kalinya lagu ‘I Am Me‘ bakal tampil dengan Muzik Videonya yang tersendiri dan unik.

Tidak dinafikan bahawa lagu ‘I Am Me’ ini telah menjadi tular di media sosial di Malaysia mahupun di luar negara dengan jumlah tontonan mencecah 9 juta selepas 2 bulan di muat naik. Bukan sahaja platform media sosial malahan tular menerusi medium ‘Offline’.

Hari ini Dato’ Seri Vida akan melancarkan Muzik Video ‘I Am Me’ beliau di Red Box PLUS, Pavilion, Kuala Lumpur. Muzik Video ini telah diarahkan oleh pengarah filem, televisyen dan muzik video terkenal Malaysia iaitu Encik Mohd Ghazali bin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ghaz Abu Bakar.

Menariknya penggambaran keseluruhan klip muzik video ini dibuat di rumah DSV sendiri di mana ianya berinspirasikan elemen ‘Mewah’, ‘Glam’, ‘Cekal’, dan ‘Flamboyant/Ranggi’. Memang amatlah bertepatan dengan status DSV sebagai seorang ‘Cosmetics Mogul’ dan juga ‘Online/Internet Sensation’ di Malaysia.

Menurut Dato’Seri Vida, pembikinan Muzik Video tersebut melibatkan kos mencecah RM1 juta. DSV sentiasa dahagakan keunikan daripada orang lain. Bukan riak yang dipamer, tetapi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya seperti beliau dikongsikan melalui Muzik Video ini.

Memetik kata-kata Dato’ Norman Abdul Halim, President Eksekutif KRU Music, beliau melahirkan rasa bangga dan teruja dengan sambutan yang amat memberangsangkan untuk lagu I Am Me’. Sambutan yang diterima bukan sahaja dalam negara bahkan luar negara seperti Mesir, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan lain-lain. Beliau juga mengucapkan tahniah dan mendoakan segala perancangan Dato’ Seri Vida di dalam bidang seni mahupun perniagaan berjalan dengan lancar.

KRU Music juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Red Box PLUS Pavilion kerana sudi menaja venue dan santapan hi-tea sempena majlis pelancaran Muzik Video ‘I Am Me’.