Home / Events / ‘Elyana “Jadi Diriku 19” Live In Concert’

‘Elyana “Jadi Diriku 19” Live In Concert’

Elyana.Web.Banner.AdJangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang cukup istimewa dan penuh makna dari Elyana pada 6 Julai 2019!

Harga tiket dijual pada harga RM159 dan pembelian awal atau early bird yang terhad untuk 100 orang dijual pada harga RM139. Manakala tiket untuk ‘meet & greet’ yang juga terhad kepada 100 orang terawal pula dijual pada harga RM 199.

Untuk pembelian tiket, sila layari www.shopee.com.my mahupun aplikasi SHOPEE untuk sebarang keterangan lanjut.

1000x400

Sakit bukan alasan buat seorang wanita kental bernama Erneelya Elyana Emrizal atau nama pentasnya Elyana untuk duduk dan mengenang nasib yang menimpanya.

Namun wanita yang didiagnos menghidap kanser limfoma peringkat 4 sejak lebih tujuh tahun lalu itu bangkit menafikan penyakit yang merebak dalam seluruh tubuhnya kini.

Dengan membelakangkan penyakit dan menafikan bahawa sel kanser itu sedang mendiami dirinya, Elyana malah terus menghidupkan karier seninya.

Menerusi karier seni juga ibu kepada seorang cahaya mata itu membina jambatan dan keyakinan buat banyak pesakit kanser di luar sana agak tidak kenal erti putus asa.

Sempena ‘meraikan’ kekuatan mental dan fizikal mereka membunuh penyakit yang dihidapi, Elyana muncul dengan sebuah idea untuk mewujudkan Konsert ‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’.

Ia juga merupakan konsert sulungnya sepanjang nama Elyana mencetak sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan termasuk pernah dinobatkan menjadi penerima Anugerah Khas Pilihan Juri dan Peserta Paling Popular di Voice of Asia Kazakhstan pada tahun 2002.

Malah, konsert ini diilhamkan bukan untuk tujuan peribadi, sebaliknya ‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’ adalah sebuah usaha dalam mengumpul dana untuk diagihkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan. Konsert in akan berkolaborasi bersama beberapa syarikat– syarikat tempatan dimana sebahagian sumbangan syarikat-syarikat tempatan ini akan disalurkan kepada pesakit-pesakit kanser melalui Majlis Kanser Nasional (MAKNA) selaku rakan penerima manfaat.

Selain MAKNA, konsert ini juga merupakan satu projek kolaborasi bersama Red Box Karaoke Group dan Shopee. Tidak hanya menjadi penaja rasmi untuk sidang media konsert, Red Box juga akan membantu dari segi hebahan kepada orang ramai mengenai konsert ini melalui platform sosial media dan juga penyiaran poster konsert di semua outlet mereka. Manakala bagi syarikat penjualan atas talian yang semakin berkembang, Shopee, ini merupakan kolaborasi secara langsung yang pertama mereka didalam arena industri muzik tempatan dimana penjualan tiket akan dilakukan secara atas talian menggunakan platform syarikat tersebut.

“Saya berharap agar Konsert ‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’ menjadi sebuah semangat bukan sahaja untuk diri saya tetapi banyaknya rakan senasib saya yang sedang menderita kerana diburu penyakit ini.

“Sebagai pesakit kanser, ia bukan satu alamat untuk kita meratapi nasib, sebaliknya menjadi manusia yang lebih menghargai kehidupan, kesihatan dan juga segala sesuatu yang terjadi adalah atas izin Allah yang sayangkan kita.

“Maka saya juga berbesar hati mempersembahkan ‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’ adalah untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser yang lain. Semoga dengan sumbangan yang kecil ini mampu membawa erti yang besar terhadap rakan rakan senasib saya,” ujar Elyana mengenai alasan konsert tersebut dilakukan.

‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’ juga adalah sebuah apresiasi besar buat Elyana yang telah 19 tahun berada dalam belantika muzik tempatan sejak pertama kali menjadi penyanyi pada usianya yang hanya 15 tahun.

“Ini juga adalah sebuah apresiasi saya buat peminat yang tidak jemu menyokong karier seni saya dari zaman album Satu yang digarap pada tahun 2002 sehingga kini saya telah mempunyai seorang anak,” tambah Elyana.

‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’akan diadakan pada 6 Julai 2019 bermula pukul 8.30 malam di Bentley Music Auditorium, Damansara. Ia akan berlangsung selama satu setengah jam dengan pembahagian kepada tiga segmen.

Hit seperti Niat, Diriku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu bersama untaian lagu milik Elyana yang lain akan dilantunkan dalam suasana live band diiringi lima pemain instrumen dan dua penyanyi iringan.

Menurut penganjur iaitu MRS Production, pihak mereka cukup berbesar hati untuk menjayakan ‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’ kerana ia sebuah inisiatif yang baik dari anak seni untuk kembali berkongsi kepada masyarakat.

“Ada yang signifikan di sebalik pemilihan tajuk ‘Elyana “Jadi diriku 19” Live in Concert’ ini dimana ‘Jadi diriku’ merupakan simbolik kekuatan buat diri Elyana sendiri yang kini begitu bersemangat memerangi kanser. Manakala nombor ‘19’ pula merujuk kepada 19 tahun karier seni beliau didalam industri muzik tempatan”.

“Oleh kerana itu pihak MRS Production tidak berfikir dua kali untuk menganjurkan sebuah persembahan dengan mesej yang mulia ini,” ujar Rafie atau dikenali dengan nama panggilan, Peah.

Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang cukup istimewa dan penuh makna dari Elyana pada 6 Julai 2019 kelak.

Harga tiket dijual pada harga RM159 dan pembelian awal atau early bird yang terhad untuk 100 orang dijual pada harga RM139. Manakala tiket untuk ‘meet & greet’ yang juga terhad kepada 100 orang terawal pula dijual pada harga RM 199.

Untuk pembelian tiket, sila layari www.shopee.com.my mahupun aplikasi SHOPEE untuk sebarang keterangan lanjut.

Rakan Strategik:
MAKNA – Majlis Kanser Nasional
ShopeeMY
Red Box Karaoke Malaysia

Elyana IG: Elyana
Elyana Youtube: Elyana Official