Home / Events / “JOM KARAOKE RAYA BERSAMA MAYA KARIN”

“JOM KARAOKE RAYA BERSAMA MAYA KARIN”

Maya Karin - pic 2

Maya Karin, sebuah nama besar yang telah banyak mewarnai dunia industri seni tanah air bermula dengan pengacaraan, dan kemudian ke bidang lakonan, pementasan teater dan nyanyian. Pada tahun 2014, beliau telah mengeluarkan lagu raya berjudul ‘Pulang’. Sejak itu, acapkali lagu Pulang di putarkan di corong-corong radio apabila tiba Hari Raya Aidilfitri.

Bersempena bulan Syawal yang bakal tiba, pihak Warner Music Malaysia telah bekerjasama dengan Red Box Karaoke selaku penaja lokasi akan menganjurkan pertandingan ‘Jom Karaoke Raya Bersama Maya Karin’!

Pertandingan ‘Jom Karaoke Raya Bersama Maya Karin!’ ini akan bermula pada 22 Jun 2017 dan akan berakhir pada 14 Julai 2017. Maya Karin sendiri akan berkunjung dan berkaraoke di ke tiga-tiga lokasi seperti di bawah  bersama pemenang yang bertuah:

  • 19th July 2017 – RED BOX , 1st Avenue, (KOMTAR) Penang
  • 22nd July 2017 – GREEN BOX, Seremban 2
  • 23rd July 2017 – RED BOX, The Gardens Mall

Kini, buat peminat setia Maya Karin, mereka berpeluang untuk memenangi sesi karaoke raya bersama Maya Karin! Satu peluang keemasan yang pastinya tidak dapat di lepaskan!

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Maya Karin
Warner Music Malaysia (Domestic)