Home / Events / JOOX x Red Box Sounds Good – Kaka Azraff

JOOX x Red Box Sounds Good – Kaka Azraff

kaka_webbanner

Majlis pelancaran single dan muzik video terbaharu ‘Terima Kasih  oleh penyanyi Kaka Azraff, berada pada Rabu, 17 Ogos 2016 di Red Box Karaoke, The Gardens.

KUALA LUMPUR – Tahun 2015 mencatat lembaran indah buat Nor Atiqa Noor Azraff yang menggunakan nama komersial, Kaka Azraff apabila single berjudul, Bukan Hal Aku memekarkan jenamanya sebagai anak seni. Cukup mengejutkan, lagu ini  menerima sambutan membanggakan daripada penikmat muzik yang cukup ternantikan naskhah luar biasa berbanding kebiasaan didengari halwa telinga mereka sebelum ini sehingga meraih 5,527,945 juta tontontan di laman YouTube.

Kaka mempersembahkan buah tangan terbaharu kepada peminat dengan lagu bergenre pop moden yang berjudul, ‘Terima Kasih’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muhammad Alif Abdullah atau ingin lebih dikenali sebagai Al!f.

Terima kasih, ungkapan serderhana, penuh makna. Dan pengungkapan ini tidak terlepas dalam kehidupan seharian manusia. Dunia bakal terasa indah apabila kita sentiasa menghadirkan kebaikan di antara satu sama lain dengan cara membantu dan bersinergi.

Berkongsi cerita mengenai single terbaharunya, wanita berusia 27 tahun itu mengakui cukup teruja apabila berpeluang mendendangkan Terima Kasih yang diyakini punya aura tersendiri untuk dijulang sebagai sebuah lagi naskhahnya selepas kesuksesan Bukan Hal Aku. Malah, kemampuan vokalnya kali ini lebih teruja dengan lagu ini.

Video muzik Terima Kasih digarap oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar dengan melibatkan 15 tenaga produksi berlokasi di Studio Kok Ah Loke, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang pada 28 Jun lalu. Proses penggambaran yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir 3 pagi keesokan hari itu menampilkan konsep lebih segar dan moden bersesuaian dengan tema total single ini.

Kaka bakal mengeluarkan album dengan tiga buah lagu baharu termasuk Terima Kasih dan baki empat buah lagu terdahulu iaitu Bukan Hal Aku, Bawaku Pergi, Infiniti Cinta dan Terpulanglah yang dijadualkan pada tahun depan.

Lagu Kaka Azraff Terima Kasih ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music Malaysia Sdn Bhd dengan kolaborasi bersama Uprising Entertainment Sdn Bhd selaku pihak pengurusan Kaka.

Kaka Azraff – Terima Kasih (Official Music Video)