Home / Contests / KONSERT ROMANSA KRISDAYANTI

KONSERT ROMANSA KRISDAYANTI

KrisDayanti2017BKRISDAYANTI PROMOSI KONSERT ROMANSA 2017 DI ISTANA BUDAYA

PADA FEBRUARI 2017 DEPAN

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal dari seberang, Krisdayanti hadir ke sidang media ekslusif bertempat di Istana Budaya bagi mengumumkan kehadirannya dalam sebuah persembahan istimewa bertempat di Istana Budaya pada 24, 25 dan 26 Februari 2017. Konsert berskala besar itu dikatakan bakal mencatat sejarah peribadi Krisdayanti sendiri kerana ia bakal menghimpunkan lebih 25 lagu popular nyanyiannya sepanjang lebih dua dekad bergelar penyanyi.

Krisdayanti dalam kenyataannya kepada media ketika ditemui September lalu di majlis sidang media konsert sulungnya ini sempat menegaskan yang persembahan istimewa ini adalah satu hadiah buat peminat yang merindui persembahannya.

“Bukan sekadar lokasinya di Istana Budaya yang begitu berprestij dan menjadi impian saya selama ini, malah konsert Romansa Krisdayanti 2017 ini nanti adalah satu sejarah dalam kerjaya nyanyian saya sendiri kerana buat julung kalinya saya bakal mengadakan persembahan sepanjang tiga malam berturut-turut. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan teramat istimewa khususnya buat peminat muzik saya.

“Malah saya janjikan sebuah persembahan yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini, ia begitu tersendiri, magis dan indah buat peminat saya di Malaysia,” katanya.

Krisdayanti bakal menyampaikan lebih 25 himpunan lagu popularnya termasuk Menghitung Hari, Hati Ini Telah Dilukai, Cinta, Pilihlah Aku serta pelbagai lagu barunya.

Malah lebih istimewanya, Krisdayanti menerusi konsert yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd ini akan turut mengundang seorang bintang ternama Malaysia untuk turut sama memeriahkan tiga malam persembahan eksklusifnya nanti.

Justeru kepada peminat dan mereka yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menjadi sebahagian daripada yang menyaksikan sejarah tiga malam berturut-turut bersama Krisdayanti di Istana Budaya nanti boleh mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual di www.myticket.asia.

Malah, peminat Krisdayanti juga boleh mendapatkan tikat di laman media sosial rasmi penganjur di NeoBel Indulgence Series.

Tiket untuk ke Konsert Romansa Krisdayanti 2017 berharga RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588. Dapatkan hari ini sebelum kehabisan!
Nak menang 4 keping tiket ke Konsert Romansa?
Mudah saja! Lebih mudah dari Mannequin Challenge!

  1. Muatnaik video anda berkaraoke lagu-lagu Kris Dayanti di Instagram anda dan tag kami di @iluvredbox.
  2. Sertakan hashtag #konsertromansakrisdayanti2017 #iluvredbox #neoglobal
  3. Akaun anda mestilah ‘Public’.

** Pertandingan dibuka sehingga 15 Februari 2017.
** Pemenang dikehendaki menuntut hadiah di Red Box atau Green Box yang ditentukan sahaja.
** Tertakluk kepada terma & syarat yang lain.