Home / Contests / Menangi 2 Tiket ke Konsert Terakhir Altimet

Menangi 2 Tiket ke Konsert Terakhir Altimet

Altimet_Concert_Web.Banner

2018 merupakan tahun yang luar biasa buat Altimet. Bukan hanya beliau memenangi “Persembahan Terbaik” di Anugerah Juara Lagu ke 32 yang lalu, single Bunga dari album Air telah meraih 8.3 juta penonton sejak Mac 2018 dan telah mendapat nominasi sebagai 12 lagu yang berentap di peringkat akhir, Anugerah Juara Lagu ke-33 pada 2019.

Konsert terakhir Altimet- ‘NESCAFÉ Mempersembahkan The Last Altimet Show’ akan diadakan pada hari Sabtu, 16 February 2019, 7 malam di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Persembahan ini bakal membariskan artis-artis hebat tanahair seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra, dan ramai lagi. Harga tiket juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Tiket ‘NESCAFÉ Mempersembahkan The Last Altimet show’ berharga RM59 (Early Bird), RM79 (Presale) dan RM109 (At Door) untuk setiap keping tiket. Tiket terhad “Early Bird” boleh dibeli di www.altimet.com.my

Concert bermula dari 21 Disember 2018. Peminat juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket VIP dengan pas “Meet & Greet” dan 25 pasang tiket awam khas daripada penaja konsert, NESCAFÉ di www.altimet.com.my/Nescafe

Pada bulan lepas, Altimet telah mengumumkan hasratnya untuk bersara akhir tahun lalu secara rasminya, pada masa yang sama, peminat setia beliau tidak sabar menantikan kemunculan album terakhir – O, yang bakal didapati pada Jumaat ini, 21 Disember 2018. Altimet turut menekankan, bahawa beliau masih akan bersama lagi dalam industri hiburan tanahair, mungkin di belakang tabir mahupun di arena lain. Beliau turut memberitahu, konsert terakhir ini akan dipersembahkannya sebagai tanda terima kasih dan penghormatan kepada keluarga, sahabat-handai dan peminat yang tak jemu menyokong di sepanjang karier beliau.

Maklumat Lanjut: Altimet.com.my

[PERADUAN]

2 keping menyaksikan ‘The Last Altimet Show’!
16 Februari 2019, Sabtu, 7 malam di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur.

Jawab soalan berikut dalam ruangan komen FB.

i. Namakan judul karaoke dari album terakhir Altimet yang sudah pun berada di Red Box & Green Box?
ii. Nyatakan kenapa anda ingin memenangi tiket ‘The Last Altimet Show’?
iii. LIKE dan TAG salah seorang rakan FB anda.
iv. Hantarkan butiran anda di sini.

* Tarikh tutup peraduan: 10hb Februari 2019

* Tertakluk terma dan syarat.
* Pemenang dikehendaki menuntut hadiah di Red Box, Plaza Low Yat sahaja.

Contest has ended.