Home / Events / MAJLIS PELANCARAN ALBUM & MTV KARAOKE “VIRAL”

MAJLIS PELANCARAN ALBUM & MTV KARAOKE “VIRAL”

900x500

Sekitar Majlis Pelancaran Album ViRAL dan MTV Karaoke ‘Buat Macam Ni’ dan ‘Sentuh Hatiku’ di Red Box Karaoke, The Gardens pada 15th November 2016.
ViRAL, sebuah kumpulan yang dianggotai oleh pasangan kembar yang berumur 20 tahun, Amzar (Abang) dan Amsyar (Adik). Berasal dari Kuantan, keduanya memulakan karya sebagai ahli muzik sejak berumur 15 tahun, bergerak sebagai “buskers” di sekitar ibu kota dan melalui persembahan ‘underground’ sejak 2010. Bakat mereka menjadi perhatian DJ Fuzz apabila mereka memuatnaik sebuah ‘cover video’ “Nana Sheme – Hantu Atau Buaya” di Instagram pada tahun 2015. DJ Fuzz kemudiannya bersetuju untuk menyunting mereka menjadi artis di bawah naungan Octave Records.

Bermula 2015, kumpulan ViRAL melancarkan kolaborasi bersama Zahid AF untuk single comeback beliau – “Biasa”. Ternyata tuah menyebelahi Zahid AF & ViRAL apabila lagu tersebut mendapat tempat di hati pendengar dan radio tempatan. Berkat sokongan dan sambutan, kumpulan ViRAL melancarkan single pertama hasil ciptaan mereka sendiri bersama DJ FUZZ  berjudul “Buat Macam Ni”, disusuli single kedua “Sentuh Hatiku” yang kini dalam rangka promosi.

Kumpulan ViRAL juga banyak melakukan kolaborasi dengan artis-artis tanah air seperti, Tasha Mansahahar, Wan Azlyn, Lawa Nie Geng, Wani Kayrie  dan ramai lagi. Mereka juga  sangat aktif dalam mencipta dan menulis lagu-lagu di bawah bimbingan DJ FUZZ. Antaranya Raqib ft Waris (Subhanallah), Ernie Zakri (Jangan Marah), Nanasheme (Boleh Blah), Farah Farhanah (Sampai Jannah). Mereka turut diberi kepercayaan mencipta lagu tema seperti “Anugerah Meletop” dan “Kami Gempak Superstar” yang dinyanyikan oleh Adira AF untuk rancangan TV “Gempak Superstar”.

Album sulung Sentuh Hatiku ini mengandungi 9 buah lagu yang dipasarkan melalui edaran label Suria Records Sdn. Bhd.