Home / Events / MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MTV KARAOKE “DEMI CINTA”

MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MTV KARAOKE “DEMI CINTA”

900x500

Majlis Pelancaran Single dan MTV Karaoke Demi Cinta di Red Box Karaoke, The Gardens,  pada 30th November 2016.

Penyanyi Ezad Lazim menyatakan rasa syukur apabila single terbaru itu diterima baik peminat. Bahkan, kekal menggunguli carta lagu popular stesen radio seluruh Malaysia untuk beberapa minggu. Demi Cinta turut dilayari hampir 12 juta orang untuk video lirik dan 3.3 juta tontonan dalam waktu 7 bulan dilancarkan di YouTube. Ianya secara tidak langsung, membuka ruang untuk Ezad untuk terus menapak dalam bidang nyanyian tempatan.

Mengambil iktibar kisah hitam lalu, penyanyi Ezad Lazim, 37, meluahkan kekesalan terbuku di dada menerusi video muzik Demi Cinta. Tidak malu mengakui kesilapan masa lampau, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim mahu tampil dengan semangat berbeza dan berjanji untuk tidak lagi menghampakan peminat.

Demi Cinta menzahirkan tanda maaf buat insan tersayang dan peminat yang berada di hati vokalis terbabit. “Melodi Demi Cinta dicipta sendiri oleh Ezad Lazim dan Mohd Yassin, manakala liriknya pula ditulis oleh Iman Imran.  Ia berkisar mengenai perasaan seorang individu yang memohon maaf di atas kekhilafan kisah hitam yang mengguris hati insan tersayang. Biarpun pernah alpa dan lalai satu ketika dulu, cinta itu sendiri yang menyedarkan saya untuk kembali ke pangkal jalan.

Justeru, MVM memilih tajuk Demi Cinta yang menjadikan segala-galanya menjadi lebih baik berbanding dulu. “Ezad tidak malu untuk mengakui kesilapan lalu kerana sedikit sebanyak ia menjadi peringatan dan pengajaran untuk tidak mengulanginya. Namun, hakikat sebenarnya, kisah hidup yang Ezad lalui tidaklah seteruk apa yang digambarkan dalam klip video itu. Realitinya, ia bukan cerita Ezad sepenuhnya”.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Ezad kini giat menjalankan promosi single terbaharunya itu dan berharap Demi Cinta dapat mengubati kerinduan peminat yang banyak menyokong perjalanan kerjaya beliau selama ini. Untuk peminat Ezad, versi karaoke Demi Cinta sudah pun berada di semua rangkaian Red Box & Green Box Karaoke.

Perasmian MV Karaoke ‘Demi Cinta’ Ezad Lazim (30 Nov 2016 – Red Box Karaoke/The Gardens Mall)