Home / Events / Majlis Pelancaran ‘Luar Biasa’ Ismail Izzani feat. Alif

Majlis Pelancaran ‘Luar Biasa’ Ismail Izzani feat. Alif

1000x400(webbanner)

NUANSA MUZIK “LUAR BIASA” ISMAIL IZZANI 

13 APRIL 2018, Kuala Lumpur – Setelah mula dikenali menerusi genre pop dan balada, kini penyanyi remaja popular Ismail Izzani cuba tampil dengan genre berbeza menerusi single ketiganya yang berjudul “LUAR BIASA”. Single yang menggabungkan genre pop dan electronic dance music (EDM) ini turut menyelitkan unsur rap yang dipersembahkan oleh bekas ahli kumpulan Sleeq, Alif. Lagu dan lirik “LUAR BIASA” ini merupakan hasil ciptaan The Good Fellas. Single ini merupakan terbitan bersama World Peace Entertainment Sdn Bhd dan juga Warner Music (M) Sdn Bhd dan edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.

“LUAR BIASA” ini merupakan hadiah Ismail Izzani kepada peminatnya yang setia menyokong beliau sedari awal kemunculannya di dalam industri muzik tanah air. Video muzik “LUAR BIASA” ini turut menampilkan sisi bakat tari Ismail. Ia merupakan arahan Firdaus Hashim dan susunan koreografi yang menarik pula oleh Aus daripada Nasty Rock Crews, video muzik “LUAR BIASA” menyajikan sajian visual yang tampak segar dan bertenaga setanding dengan video muzik antarabangsa.

Sejak dilancarkan pada 16 MAC 2018 di kesemua pelantar muzik digital, “LUAR BIASA” berjaya menduduki tangga teratas dalam carta RIM ‘Lagu Domestik Paling Tinggi Penstriman’ untuk 2 minggu berturut-turut. Manakala video muzik “LUAR BIASA” pula sudah mencecah lebih 4 juta tontonan di Youtube sejak dimuatnaik pada 16 Mac lalu. “LUAR BIASA” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes. Manakala video muzik “LUAR BIASA” pula boleh ditonton di saluran Youtube World Peace Entertainment. Selain daripada itu, Luar Biasa versi karaoke juga sudah boleh didapati di kesemua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS Karaoke di seleuruh Malaysia mulai hari ini.