Home / Events / Majlis Pelancaran MTV Karaoke “Kau Menjauh”

Majlis Pelancaran MTV Karaoke “Kau Menjauh”

900x500

MAJLIS PELANCARAN LAGU & MTV KARAOKE KAU MENJAUH
SAMNUHAIR

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Syamila Nuhair Zainordi, dahulunya dikenali dengan Nuha AF yang mendapat tempat keempat dalam program Akademi Fantasia musim ke-11, kini muncul kembali sebagai Sam Nuhair.

Artis terbaik Raku (perkhidmatan radio dan penstriman muzik percuma Malaysia) ini, yang muncul dengan single terbaru hasil nukilannya ‘Kau Menjauh,’ ternyata menyerlahkan lagi bakat Sam Nuhair sebagai penyanyi dan penggubah lagu.

Menerusi ‘Program Up Close & Personal With Sam Nuhair,’ beliau menyampaikan lima buah lagu, Love On Top, Saving All My Money, Kau Menjauh, sebuah lagu Mandarin bertajuk The Moon Represents My Heart dan lagu khas untuk kedua ibu bapa beliau yang selama ini menjadi tulang belakang beliau.

“Saya ambil langkah menghasilkan single terbaru ini sebagai kemunculan saya semula selepas lama tidak mengeluarkan apa-apa produk. Selepas ini, saya akan ikut jadual yang disusun oleh pihak pengurusan saya,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Beliau yang dalam proses pembikinan lagu seterusnya berharap diterima baik oleh semua pihak sekembalinya beliau di persada muzik Malaysia bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai penggubah lagu.