Home / Events / MAJLIS PELANCARAN MTV KARAOKE “KISAH CINTA KITA”

MAJLIS PELANCARAN MTV KARAOKE “KISAH CINTA KITA”

1000x400

MAJLIS PELANCARAN LAGU & MTV KARAOKE KISAH CINTA KITA
AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN

7 Februari 2017, Kuala Lumpur. Life Records dengan kerjasama Pena Creative Pictures Sdn Bhd dan
Red Box Karaoke telah mengadakan majlis pelancaran Lagu dan MTV Karaoke “Kisah Cinta Kita”
nyanyian bersama Amyra Rosli dan Amar Baharin bertempat di Red Box Karaoke Gardens.

Single “Kisah Cinta Kita” nyanyian bersama Amyra Rosli dan Amar Baharin merupakan hasil
kerjasama di antara Life Records dengan Pena Creative.

“Kisah Cinta Kita” sebuah lagu yang diilhamkan oleh DJ Fuzz bersama Zah Amirul sementara liriknya
di tulis oleh Adik Viral. DJ Fuzz bertindak sebagai penerbit sementara Emilia AF3 memberi bimbingan
vokal kepada Amyra Rosli dan Amar Baharin.

“Kisah Cinta Kita” telahpun dilancarkan secara eksklusif untuk saluran-saluran streaming selama dua
minggu di Apple Music bermula 27hb Januari 2017 yang lalu.

Versi karaoke lagu ini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box. Muzik video
“Kisah Cinta Kita” buat pertama kalinya dipertontonkan kepada media pada majlis tersebut.
Penggambaran muzik video ini telah dijalankan sepenuhnya di beberapa tempat menarik di Cardiff,
Wales, United Kingdom di bawah arahan Rahila Ali.

Majlis ini juga meraikan pemenang-pemenang peraduan “Kisah Cinta Kita” dari Celcom dan juga
Suria FM.

Life Records juga amat berterima kasih di atas kesudian pihak Red Box yang sudi menjadi penaja
lokasi untuk majlis pelancaran ini. Sekalung penghargaan buat Aurawhite yang sudi menaja goodie
bags dan hadiah untuk media dan tetamu majlis ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada pihak media cetak dan media elektronik
yang turut bersama hadir dan memberikan sokongan kepada Amyra Rosli dan Amar Baharin menerusi
single duet mereka ‘Kisah Cinta Kita’.

Tentang Amar Baharin

Amar Bin Mohd Baharin lebih dikenali sebagai Amar Baharin adalah seorang model dan pelakon.
Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat
Anak Wayang pada April 2009. Amar Baharin dilahirkan pada 1 Julai 1985 di Kajang, Selangor. Beliau
merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Beliau bersekolah di SMK Bukit Bandaraya dan
Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Beliau juga merupakan graduan jurusan
kejuruteraan elektrik UiTM Shah Alam.

Tentang Amyra Rosli

Nur Amira Izzati binti Rosli atau lebih dikenali dengan nama Amyra Rosli merupakan seorang pelakon,
model, pengacara dan penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur dilahirkan pada 24 Ogos
1991.Menjadi duta kepada AuraWhite Skin Spa, Baskin Robbins, Samsung Galaxy A dan banyak lagi .
Amyra Rosli merupakan graduan jurusan Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)