Home / Events / MAJLIS PELANCARAN SINGLE DAN MTV KARAOKE TERBARU HARRIS BABA ‘PARAH’

MAJLIS PELANCARAN SINGLE DAN MTV KARAOKE TERBARU HARRIS BABA ‘PARAH’

web-banner-haris-baba-

Bertempat di Red Box, The Gardens pada 09 Mei 2017, telah diadakan majlis pelancaran single dan MTV karaoke terbaru Harris Baba “PARAH”.

Khawaja Mohammad Harris Baba atau lebih dikenali dengan nama Harris Baba ialah seorang pelakon dan juga penyanyi yang baru sahaja menempa nama di Malaysia. Mula dikenali menerusi lagu hits beliau berjudul  ‘Katakan’, sebuah lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong ini telah mendapat 6 juta tontonan di Youtube pada tahun 2016 .

Kini, Harris Baba melancarkan single terbaru beliau berjudul “Parah”. Sebuah lagu ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo ini memberi nafas baru kepada penyanyi dari Singapura ini. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainanya tersendiri serta melodinya mudah di ingati. Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja demi cinta hatinya.  Teristimewa buat peminat Harris Baba, saksikan lirik video “Parah” berdurasi 5:31 minit ini berkonsepkan drama dalam lagu. Sehubungan dengannya,  lirik bagi lagu ini begitu telus dan mudah difahami.

Pihak Warner Music Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Red Box Karaoke  Malaysia atas tajaan lokasi  bagi majlis pelancaran single terbaru Harris Baba ini dan lagu Parah ini hanya boleh dinyanyikan oleh semua pengunjung di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS.

Khas buat peminat Harris Baba, lagu ‘Parah’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun disemua digital platform Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.