Home / Contests / Menangi 2 Tiket ke Ella Unplugged In Kuala Lumpur

Menangi 2 Tiket ke Ella Unplugged In Kuala Lumpur

Sebuah konsert! Dan ia bukan sekadar konsert biasa. Sebagai seorang penyanyi yang telah lebih dua dekad bersemayam dalam industri muzik, konsert bukan sesuatu yang asing buat Ella.

Namun kali ini untuk pertama kalinya, Ella tampil dengan konsep konsert akustik. Ia adalah sebuah konsep segar yang pertama kali dibawakan oleh Ella.

Bayangkan hits seperti ‘Sembilu’, ‘Pengemis Cinta’, ‘Rama – Rama’, ‘Dua Insan Bercinta’, ‘Simbiosis’ dan the legendary ‘Standing In The Eyes of The World’ dialunkan dalam bunyi-bunyian akustik. Bayangkan sahaja ia ditemani suara Ella yang lunak, bergema ke seluruh panggung Istana Budaya.

Dianjurkan oleh PROJEK ELLA dengan kerjasama MOTAC, konsert yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 29, 30 dan 31 Mac 2019 di Istana Budaya ini digelar Ella Unplugged In KL.

Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia turut berbesar hati dengan penganjuran konsert Ella Unplugged In KL kerana ia menampilkan segmen kebudayaan pada setiap malam persembahannya.

Pihak Istana Budaya sendiri teruja untuk menjadi lokasi Ella Unplugged in KL kerana ia akan ‘menguji’ tentang naik taraf sistem audio dan penambahbaikkan keseluruhan panggung yang dilakukan sebelum ini.

Konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama ASWARA yang memberi peluang kepada pihak PROJEK ELLA dengan melibatkan alumni dan pelajar tahun akhir dalam perancangan serta pengendalian pengurusan pentas sebelum dan selepas konsert berlangsung.

Malah pihak JKKN juga turut bekerjasama dengan melibatkan penari cilik PERMATA dalam salah satu segmen persembahan kelak. JKNN turut menyediakan pemuzik alat muzik tradisional sewaktu segmen yang pasti dtunggu-tunggu oleh peminat Ella!

Konsert membasuh rindu ini akan berlangsung selama sejam setengah dengan diiringi tujuh pemuzik handalan yang menjadi instrumen penting dalam Ella Unplugged in KL.

Sebarang pembelian tiket boleh ditempah atau dibeli melalui PROTICKET di www.proticket.com.my