Home / Events / MTV KARAOKE LAUNCH “KALAH DALAM MENANG”

MTV KARAOKE LAUNCH “KALAH DALAM MENANG”

rbgb_syamsulyusofmawi_webbanner

Dengan kedatangan bulan Ramadhan, yang bakal kita lalui kurang 2 minggu lagi, Red Box Karaoke telah berkolaborasi bersama Syamsul Yusof dan Mawi untuk pelancaran MTV Karaoke runut bunyi (OST) filem Munafik bertajuk ‘Kalah Dalam Menang’ pada 24 Mei yang lalu.

Bertempat di Red Box PLUS, Pavilion, Ms. Caryn Teo, Pengurus Pemasaran Kumpulan Karaoke Red Box berkata, “Hari ini, memandangkan Red Box secara eksklusifnya, menerima buah tangan terbaru bertajuk ‘Kalah Dalam Menang’ daripada pengarah dan pelakon hebat, Shamsul Yusof berduet dengan penyanyi yang tidak asing lagi Mawi, kami telah sepakat dengan Arfeffects Sdn. Bhd. untuk membuat pelancaran MTV Karaoke terbabit sekaligus mewar-warkan promosi ‘Sajian Senja’ bersempena dengan kedatangan. Dan, tahniah kepada En. Syamsul Yusof di atas kejayaan Munafik mencatat kutipan keseluruhan sebanyak RM19 juta selepas 49 hari tayangan sekaligus menjadi filem tempatan paling laris setakat ini”.

Bersempena itu, Syamsul Yusof & Mawi turut dipilih menjadi “Artis Bulan Jun” di rangkaian karaoke Red Box & Green Box. Lagu ini turut dimuatkan dalam sebuah kompilasi terbaru keluaran Arteffects International dibantu rakan edaran Sony Music Malaysia, yang berjudul “Qamarun X Kalah Dalam Menang”.

Dapatkan album tersebut di pasaran mulai Ramadhan nanti. Atau ikuti kami di www.facebook.com/redboxfans untuk peluang memenangi album ini!

#iluvredbox #SyamsulYusof #Mawi #ArteffectsInternational #AOTM #JUN2016 #KalahDalamMenang

MAWI & SYAMSUL YUSOF – “KALAH DALAM MENANG” OST FILEM MUNAFIK