Home / Contests / NOAH LIVE DI STADIUM NEGARA KUALA LUMPUR

NOAH LIVE DI STADIUM NEGARA KUALA LUMPUR

NOAH.Screensaver.TV.Ad

KUALA LUMPUR SEPTEMBER 2017 – Selepas mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat kira-kira dua tahun lepas, kumpulan Noah yang pada asalnya dikenali sebagai kumpulan Peterpan bakal menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 November ini dengan satu persembahan berupa konsert.

Noah, yang sebelumnya dikenali sebagai Peterpan merupakan sebuah kumpulan muzik no 1, yang terkenal di Indonesia. Kumpulan ini juga popular di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Konsert yang sememangnya di nanti-nantikan oleh peminat tegar mereka di Malaysia.

Sejak menukar nama Peterpan kepada Noah pada tahun 2012, mereka telah berjanji untuk bekerja keras dan memastikan lagu lag dendangan mereka di kenali dan dinikmati seluruh peminat.

Noah  terdiri daripada Ariel – vokal, gitar,  Uki – gitar , Lukman – gitar  dan David – Kibor, piano .

Kini, selepas bertahun-tahun mengukuhkan nama Noah, mereka telah bersiap sedia kembali untuk mencuri perhatian peminat setianya di Malaysia.

Ramai yang melihat kumpulan Noah yang ditubuhkan pada Ogos 2012 sebagai rebranding untuk vokalisnya bagi meneruskan langkah mencari rezeki dalam bidang muzik dan nyanyian.

Penubuhan Noah, bukan sahaja menjadi titik permulaan yang baharu dan pastinya mereka enggan berpaling ke belakang.

Sebaliknya setiap anggota dalam kumpulan Noah ini mahu terus pandang ke hadapan kerana muzik yang dibawakan oleh Noah masih relevan di telinga penggemar muzik dan sekaligus, khas buat peminat Noah di negara asalnya dan di rumah nombor duanya ini (Malaysia).

Malah menurut Ariel, Malaysia selalu dekat dengan mereka. Kali terakhir mereka melakukan konsert berskala besar di Malaysia lebih enam tahun yang lalu.

Irama pop rock yang dialunkan oleh vokalis Noah, Nazril Irham atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Ariel, dengan diiringi oleh petikan gitar daripada Uki, Lukman dan dram, Reza pasti berkumandang di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada malam 25 November nanti.

Mengikut catatan kejayaan Noah yang pernah mengadakan persembahan di Melbourne, Australia pada tahun 2012, dan  pasti Noah mampu menarik lebih 8,000 peminat mereka untuk menggegarkan Stadium Negara Kuala Lumpur.

Konsert kali ini dibawakan oleh Nada Promotama selaku penganjur utama dan Mewah Event Management sebagai wakil publisiti.

Lagu-lagu dari album Noah, Second Chance yang dilancarkan serentak pada siri jelajah Noah atau persembahan bergerak Noah United States Tour (2015) pasti disenaraikan juga untuk dendangan pada hari persembahan “Noah-Live In Kuala Lumpur” di Stadium Negara.

Mengadakan persembahan bukan di gelanggang sendiri tetapi di pentas Stadium Negara, Kuala Lumpur, semestinya Noah mahu mementaskan sebuah persembahan yang meninggalkan kenangan manis kepada para peminat setianya di Malaysia.

Bukanlah satu ‘dosa’ bagi Noah mendendangkan lagu-lagu popular mereka semasa bersama kumpulan lama, Peterpan kerana lagu-lagu daripada album-album bersama Peterpan sudah semestinya sebati dengan vokalis Noah, Ariel.

Dalam satu wawancara bersama media di Indonesia, antara lainnya Ariel pernah berkata, “Muzik itu universal. Bahasa itu mampu melingkari mana-mana ruang lingkup yang terbuka dan tertutup. Muzik tanpa batasan, bahasa bukan penghalang.” Berhibur dengan Noah-Live In Kuala Lumpur, Stadium Negara pada 25 November ini, ujar Ariel.

Noah menjanjikan sebuah konsert yang akan diisi dengan pelbagai gimik dan barisan lagu daripada zaman Peterpan kepada lagu-lagu saduran dan hit daripada album Noah.

Mereka mahu peminat di Malaysia puas, sekaligus menyaksikan evolusi kematangan mereka.

Pihak Nada Promotama sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja – penaja yang terlibat dalam konsert tersebut, antaranya :-

RedTix , Meportal, Selebriti Online & Rentak Sejuta selaku Portal Rasmi , Red Box & Green Box Karaoke, Era Fm sebagai Radio Rasmi, Double Tree Hotel selaku penginapan rasmi, AVIS sebagai penaja kereta rasmi, Quill Mall, DIRTYRATS dan Millenium Security.

KLIK SINI UNTUK BELI TIKET:
https://airasiaredtix.com/noah_live_in_KL

[PERADUAN]
Ikut arahan berikut dan pemenang bertuah bakal dipilih!
1. Jawab soalan mudah di Facebook
4. Sertakan butiran di dalam borang yang berikut

Tarikh Tutup Penyertaan: 19 November 2017.

Contest has ended.