Home / Events / Pelancaran album & MTV Karaoke ‘IPPO HAFIZ’

Pelancaran album & MTV Karaoke ‘IPPO HAFIZ’

gar_ippo-hafiz-pc_webbanner

Kuala Lumpur, 17 Mei 2016 – Indigital Sdn Bhd hari ini mengumumkan pelancaran rasmi album penuh ‘Ippo Hafiz’ bertempat di Karaoke Red Box, The Gardens Kuala Lumpur. Ippo Hafiz merupakan penyanyi baharu berbakat besar yang sedang menempa nama kini di persada tanah air menerusi pelbagai lagu hits yang menghiasi pelbagai drama popular.

Majlis pelancaran hari ini dilihat sebagai strategi utuh dalam mengekalkan momentum arena seni tanah air yang semakin rancak dengan kemunculan ramai artis baharu. Kehadiran Ippo Hafiz yang berbakat dalam penciptaan lagu sendiri, turut disertakan dengan lantunan vokal serta emosi yang kuat sehingga mampu membuai jiwa pendengar. Maka, pelbagai lagu anak muda ini diangkat menjadi lagu tema drama antaranya :

  • Rahsia ost Teman Lelaki Upahan
  • Kekal Bahagia ost Cinta Si Wedding Planner
  • HidayahMu Ramadan ost HidayahMu Ramadan
  • Irama Kita ost Cik Cinderella Encik Tengku

“Ippo sendiri amat optimis terhadap kesetiaan peminat, album ini pastinya dapat mengubati kerinduan peminat terhadap pelbagai lagu hits yang menghiasi drama-drama popular di kaca televisyen sebelum ini. Semoga album ini diterima ramai dan merancakkan lagi perkembangan industri hiburan tanah air,” ujar Ippo Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz bin Yaziz.

Tercalon dalam 5 teratas kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini, Ippo Hafiz turut mencatat fenomena tersendiri menerusi jumlah hits tontonan video lirik di YouTube menjangkau 6,000,000. juta. Lagu “Kekal Bahagia” turut merekodkan kedudukan di tangga ke 2 carta single iTunes Malaysia & Asia.

Album penuh ‘Ippo Hafiz’ ini memuatkan 11 buah trek :-

  1. Rahsia
  2. Ku ingin Kamu
  3. Kekal Bahagia
  4. Yang Terindah
  5. Kasih Dalam Hati
  6. Hujan Sepi
  7. Ku takkan Mampu
  8. HidayahMu Ramadan
  9. #iramakita
  10. Cool Love
  11. Bicara Malam

Nyanyikan lagu-lagu Ippo Hafiz di Karaoke Red Box seluruh negara.

Muat turun muzik digital atau dengarkan secara streaming album ‘Ippo Hafiz’ menerusi Raku, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, Yonders dan KKBox hari ini selain jualan secara ‘online’ di beberapa stor ‘online’ terpilih!