Home / Events / Pelancaran Single & Karaoke Video Adi Priyo “Aku Cinta Mati”

Pelancaran Single & Karaoke Video Adi Priyo “Aku Cinta Mati”

1000x400

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2019 – MASK Team Music menampilkan Adi Priyo bersama projek solo dan ­single terbarunya bertajuk “Aku Cinta Mati”. Majlis pelancaran video muzik dan karaoke “Aku Cinta Mati” bersama rakan Media diadakan di Red Box Karaoke The Gardens, pada 10 Januari 2019, jam 3 petang.

“Aku Cinta Mati” mengisahkan tentang seorang insan yang mengabdikan diri kepada Kekasihnya. Lirik puitis lagu ini membiarkan pendengar menginterpretasi akan keagungan cinta abadi dan pengorbanan besar seorang insan di atas nama cinta. 

“Aku Cinta Mati” telah dilancarkan di semua platform digital sejak 14 Disember 2018 dan boleh dimuat turun melalui iTunes, Spotify dan JOOX.

Versi karaoke  “Aku Cinta Mati”  juga boleh didapati di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS di seluruh Malaysia.

Adi Priyo – Aku Cinta Mati 

Instagram : adi.priyo.sambodo
Facebook : Adi Priyo Sambodo