Home / Events / Pelancaran Single & Video Muzik Adira Suhaimi “Pujaan Hati”

Pelancaran Single & Video Muzik Adira Suhaimi “Pujaan Hati”

1000x400

16 JANUARI 2019, Kuala Lumpur –  Sesuai dengan jolokan ‘Queen of Soundtrack’,penyanyi terkenal Adira Suhaimi sememangnya sinonim dengan runut bunyi filem dan drama bersiri tempatan. Terbaharu, suara merdunya kembali berkumandang di kaca televisyen apabila single terbaru “Pujaan Hati” dendangannya sekali lagi diangkat sebagai runut bunyi drama. Kali ini untuk drama bersiri ‘Pujaan Hati Kanda’lakonan Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly dan Sarah Hildebrand yang sedang bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 20 Disember 2018. Sejak ke udara, drama ini berjaya trending setiap hari di YouTube Malaysia!

Balada taruhan pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi ini merupakan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali manakala lirik pula ditulis oleh Ikhwan Fatanna bersama penerbit drama ‘Pujaan Hati Kanda’ iaitu Left. Kol. Arisz Ab Rahman. Lagu ini merupakan single pertama Adira semenjak bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Sejak dilancarkan pada 17 Disember 2018, video lirik “Pujaan Hati” yang dimuatnaik di saluran YouTube Nova Music Videos sudah pun mencapai tontonan hampirmencecah 1 juta! Single ini juga sudah pun diputarkan di kebanyakan stesen-stesen radio utama termasuk Sinar fm, Hot fm, Gegar fm dan Suria fm. Lagu yang telahtersedia di kesemua platform muzik digital sejak 28 Disember 2018 lalu semakin mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan apabila berjaya tersenarai dalam carta Top 10 iTunes Malaysia.

Bagi memacu momentum single ini lagi, Adiramelancarkan video muzik rasmi “Pujaan Hati” arahan Khairul Hazwan di saluran YouTube Nova Music Videos pada hari ini.Sempena majlis pelancaran single dan video muzik “Pujaan Hati” ini, turut dilancarkan secara serentak adalah video karaoke “Pujaan Hati” yang hanya boleh didapati secara eksklusif pada masa ini di semua rangkaian karaoke Red Box, Green Box atau Red Box Plus. Peminat boleh mengunjungi mana-mana cawangan Red Box, Green Box atau Red Box Plus bermula 16 Januari 2019 untuk menjadi antara orang yang terawal menyanyikan lagu ini.

“Pujaan Hati” merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Single ini boleh didapati di kesemua platform muzik digital seperti  Spotify,  Apple Music, Joox, Deezer, KKBox dan juga iTunes sejak 28 DISEMBER2018.

Manakala bermula 16 JANUARI 2019, video muzik rasmi “Pujaan Hati” boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music dan video karaoke rasmi “Pujaan Hati” pula boleh didapati secara eksklusif pada masa ini di semua rangkaian karaoke Red Box, Green Box atau Red Box Plus.

Adira Suhaimi – Pujaan Hati 

Instagram: adira.suhaimi
FB Page: Real Adira FC