Home / Events / Pelancaran Single, Video Muzik Rasmi & Video Karaoke Amylea X Megat “Tetap Kamu”

Pelancaran Single, Video Muzik Rasmi & Video Karaoke Amylea X Megat “Tetap Kamu”

1000-x-400

Amylea Azizan, kini kembali setelah kejayaan beliau menjadi finalist top 12 AJL (Anugerah Juara Lagu -33) dengan lagunya Tak Pernah Hilang, duet bersama rakan karib beliau sendiri Kaer Azami. Ternyata lagu Tak Pernah Hilang membawa tuah kepada Amylea kerana ia merupakan lagu runut bunyi drama paling viral tahun 2018. Sebuah drama yang telah menjadi buah mulut ramai dengan jumlah tontonan mencapai sebanyak 9 juta, lantas mendapat rating paling tinggi serta memperolehi 1.9 juta tontonan digital dan trending nombor #1 di laman social media Twitter. Drama Nur yang di barisi oleh artist terkenal tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Amira Rosli. Tak Pernah Hilang juga merupakan sebuah lagu ‘comeback’ beliau setelah menyepi dalam industry muzik. Ternyata runut bunyi lagu ini di gilai oleh para pendengar sekaligus penonton drama itu sendiri.

Tahun 2019, beliau muncul pula dengan sebuah lagu berjudul ‘Tetap Kamu’ duet bersama Megat, OST drama Nur 2 yang bakal di tayangkan pada bulan April ini. Megat merupakan salah seorang peserta program realiti popular TV3 ‘Mentor Milenia’ musim ke tujuh pada tahun 2018. Beliau mempunyai suara yang cukup unik dan merdu lantas membuatkan para pendengar mudah terpikat dengan tone suaranya yang amat lunak. Protégé Aizat Amdan ini ternyata memiliki bakat yang luar biasa yang dapat mewarnai lagi industry muzik tanah air.

Sebuah lagu hasil ciptaan Farouk Roman, manakala lirik oleh Amylea sendiri. Lagu yang mengisahkan tentang  kesinambungan dari lagu ‘Tak Pernah Hilang’ itu sendiri di mana ia menceritakan kesetiaan antara dua individu menghadapi dugaan yang berat namun berjanji akan terus menyayangi satu sama lain sekiranya tidak lagi bersama. Keistimewaan lagu ini terletak pada perbezaan tone suara yang ketara gabungan antara Amylea X Megat, menjadikan ia kombinasi yang cukup unik dan luar biasa. Memlilih judul lagu ‘Tetap Kamu’ kerana judul lagu ini juga dari kesinambungan ‘Tak Pernah Hilang’, yang mana perasaan tidak pernah hilang dan membawa maksud takkan berganti.

Muzik video pula masih mengekalkan konsep yang sama seperti lagu sebelum ini, tiada lakonan dan drama tetapi pada masa yang sama video ini  memberi suasana dan mood filem. Ia juga lebih kepada abstrak dan fesyen di mana pakaian Amylea itu sendiri dari pereka fesyen tersohor tanah air Fizi Woo. Harapan mereka berdua agar lagu ‘Tetap Kamu’ mendapat sambutan yang baik dari pencinta muzik dan para media, lantas berbaloi dengan usaha keras mereka untuk menjadikan lagu ini sebuah lagu yang berkualiti dan yang terbaik.

Khas buat peminat Amylea X Megat lagu ‘Tetap Kamu’ edaran Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun  di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX dan Deezer pada 29 Mac 2019 dan tonton muzik video ‘Tetap Kamu’ di youtube channel Seventeen Eleven Music jam empat petang ini.

Lagu Tetap Kamu, Amylea X Megat juga kini sudah berada di ke semua cawangan karaoke Red Box, Green Box, dan Red Box PLUS.

Terima kasih diucapkan kepada Red Box Karaoke Malaysia di atas lokasi sidang media Amylea X Megat.

Amylea X Megat – Tetap Kamu

MORE INFO: Seventeen Eleven Music
Amylea IG: amyleaazizan
Megat IG: Megat Adzuan