Home / Events / Pelancaran Single, Video Muzik Rasmi & Karaoke Video Haiza “Young & Gentleman”

Pelancaran Single, Video Muzik Rasmi & Karaoke Video Haiza “Young & Gentleman”

a

Selepas 5 tahun menyepi tanpa lagu solo baru, Haiza kini muncul kembali dengan lagu baru ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan berjudul Young & Gentleman. Lagu baru ini memberi peluang kepada Haiza mencabar vokal beliau kerana muzik dangdut yang lebih moden dan berbeza dari lagu-lagu sebelumnya.

Walaupun telah lama tidak mempunyai lagu solo baru,namun Haiza tidak meninggalkan dunia seni. Beliau juga sebelum ini pernah menyertai Gegar Vaganza 2 dan Duo Star berpasangan dengan Aepul Roza. Selain kerjaya sebagai penyampai radio.

Menurut Haiza, ini adalah kerjasama yang pertama beliau dan Aizat. Haiza sendiri teruja apabila Aizat sudi bekerjasama dengan beliau kerana ini adalah hasil muzik dangdut yang pertama Aizat. Bercakap mengenai muzik video pula, ini juga pengalaman pertama Haiza terlibat sepenuhnya dari ‘storyboard’ hingga ke ‘editing’ terakhir dalam pembikinan muzik video tersebut.

‘Untuk lagu ini Haiza mencabar diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru dan tak pernah Haiza buat sebelum ini. Sebab tu Haiza memilih Aizat. Haiza ingin peminat melihat pembaharuan pada Haiza’, jelas Haiza.

Dengan ini, secara rasminya muzik video Young & Gentleman telah dilancarkan dengan kerjasama Red Box Karaoke, The Gardens Mall. Muzik video karaoke ini juga boleh didapati di semua rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Plus. Muzik video ini akan mula ditayangkan pada 19hb Mac 2019, bermula jam 5 petang di Youtube channel Indigital Sdn Bhd.

 Haiza – Young & Gentleman

MORE INFO: Indigital Music
Instagram: Haizahanafi
FB Page: Haiza Dag Dig Dug