Home / Events / Pelancaran Single & Video Muzik Marsha Milan “Bimbang”

Pelancaran Single & Video Muzik Marsha Milan “Bimbang”

1000x400

Marsha Milan Londoh atau lebih di kenali sebagai Marsha Milan seorang anak kelahiran negeri Sabah ini telah banyak mewarnai dunia seni tanah air dengan hasil karya beliau menerusi bidang nyanyian, lakonan serta pengacaraan. Karier beliau bermula setelah menyertai program realiti sebuah rancangan televisyen Akademi Fantasia musim ke-tiga yang suatu ketika dahulu sebuah rancangan yang gah dan popular. Bukan itu sahaja, beliau juga pemenang tempat ke-empat program tersebut. Setelah itu, beliau telah mengeluarkan 13 buah single antaranya Sayang feat Ajai, Yang Terbaik, Bersama Kita, Ku Tinggalkan Cinta, Bebaskan, Jujur Bilang Cinta, Satu Rasa, Hilang dan Sumandak Sabah. Beliau juga mendapat nominasi anugerah antaranya Penyanyi Wanita Baru Paling Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian -19) pada tahun 2006, Best Vocal Performance menerusi lagu Sayang duet bersama Ajai di Anugerah Industri Muzik tahun 2009 dan lagu Satu Rasa bersama Zarul Umbrella di Anugerah Industri Muzik tahun 2014. Ternyata gadis kelahiran Kadazan-dusun ini di lahirkan dengan bakat yang begitu luar biasa sekali.

Karier beliau bukan terhenti di bidang nyanyian sahaja namun beliau memberanikan diri untuk mencuba pula bidang lakonan. Terbukti bakat dan rezeki menyebelahi beliau, kini Marsha Milan telah membintangi lebih dari Sembilan buah filem antaranya Saus Kacang (2008), Magika (2009), 4 Madu (2009), Cun (2011) dan Jwanita (2015) dan Tujuh(2018). Bukan filem sahaja, malah telemovie dan juga televisyen series juga  antaranya Hantu Susu (2011), Kum Kum (2011), Awan Dania 3 (2010)  Mihrab Cinta (2012) 3 Dara Kg.Com (2018) Bimbi & Bonni Misi 007 (2019). Malahan, Marsha juga  mampu untuk menjadi seorang pengacara yang versatile menerusi Mentor Milenia 2006 dan 2007, Onurinapati (2018) dan Pesona Pengantin (2018).

Kini tahun 2019, Marsha Milan muncul dengan single terbaru beliau berjudul “Bimbang”. Sebuah lagu yang mengisahkan tentang keperitan seorang wanita di mana pasangannya mencintai dua orang wanita pada masa yang sama. Hasil lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik pula oleh Amylea Azizan. Memilih judul lagu “Bimbang” untuk menggambarkan perasaan kebimbangan seorang wanita atas kemunculan wanita lain dalam hubungannya. Manakala, muzik video pula lebih memilih kepada jalan cerita seorang wanita yang cekal meneruskan hidup dari perasaan bimbang. Arahan oleh Arif Zulqarnain kerjasama dengan Puan Suzita Binti Wirjon, Chairman Natalis Herbs& Beauty sebagai penaja utama muzik video dan sokongan dari Kementerian Pelancongan Malaysia bagi melancarkan proses penggambaran serta logistik muzik video “Bimbang”, manakala terbitan pula dari Marsha Londoh Entertainment. Istimewanya lagu ini kerana ia bakal menjadi antara runut bunyi drama Nur 2 yang bakal di siarkan tidak lama lagi.

Khas buat peminat Marsha Milan lagu ‘Bimbang’ edaran Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun  di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX dan Deezer pada 4 Mac 2019 dan tonton muzik video ‘Bimbang’ di youtube channel Seventeen Eleven Music jam empat petang ini.

Marsha Milan – Bimbang

MORE INFO: Seventeen Eleven Music
Instagram: Madrid Milan London