Home / Events / Pelancaran Single & Video Muzik Pelita Lusoh “PIL”

Pelancaran Single & Video Muzik Pelita Lusoh “PIL”

1000-x-400

20 Februari 2019, Kuala Lumpur. Asia Empire Records dengan kerjasama Red Box Karaoke dan Life Records telah mengadakan majlis pelancaran single , muzik video & MTV Karaoke “PIL” oleh kumpulan Pelita Lusoh di Red Box PLUS Karaoke, Pavilion KL.

Kumpulan Pelita Lusoh merupakan artis naungan Asia Empire Records dan Life Records merupakan pengedar digital rasmi untuk single “PIL”.

Lirik dan lagu “PIL” adalah ciptaan sepenuhnya oleh Aweera manakala struktur muzik dan penyusunan lagu oleh Anep dan Alan. Lagu ini telah dirakamkan sepenuhnya di Sampah Muzik Lab. Proses mixing serta mastering oleh Mr Simon Henderson di United Kingdom.

“PIL” telahpun dilancarkan secara eksklusif di saluran-saluran digital seperti Youtube, Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan KKBox bermula 1hb Februari 2019 yang lalu. Proses rakaman album penuh pertama telah pun bermula secara rasminya.

Buat pertama kalinya, Life Records akan berkerjasama dengn IMTV (Indonesia Music TeleVision) selaku penyedia kandungan di Indonesia . „PIL‟ oleh Pelita Lusoh merupakan projek usahasama pertama yang dijalankan untuk pasaran Indonesia. Pelita Lusoh akan berada di bawah pengurusan Fuji Entertainment untuk pasaran “PIL” di Jepun.

Muzik Video “PIL” buat pertama kalinya dipertontonkan kepada media pada majlis tersebut. Versi karaoke lagu ini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS.

Penggambaran muzik video ini telah dijalankan di beberapa tempat menarik di Melaka di bawah arahan Rudy Hirwan Avr Photo Gallery.

Asia Empire Records dan Life Records amat berterima kasih di atas kesudian pihak Red Box yang sudi menaja lokasi iaitu Red Box PLUS Karaoke, Pavilion KL untuk majlis pelancaran ini.

Pelita Lusoh – PIL

Instagram: pelitalusoh
FB Page: Pelita Lusoh