Home / Events / Pelancaran Single & Video Karaoke XPOSE & W.A.R.I.S “DERU”

Pelancaran Single & Video Karaoke XPOSE & W.A.R.I.S “DERU”

Xpose1000x400

Setelah sekian lama industri muzik tempatan tidak memperlihatkan kumpulan rock dan penyanyi rap digandingkan di dalam sebuah lagu, kumpulan rock yang semakin meningkat naik, Xpose dan penyanyi rap terkenal tanah air, W.A.R.I.S terpanggil untuk bekerjasama mengembalikan gabungan mantap dua gaya muzik berbeza ini di dalam satu karya yang berjudul “Deru”. Lagu ini juga menyaksikan buat julung kalinya Xpose di gandingkan bersama penyanyi rap dan W.A.R.I.S julung kalinya di gandingkan bersama kumpulan rock.

“Deru” ini yang juga merupakan satu usahasama di antara dua syarikat rakaman tempatan iaitu Suria Records dan Mixology Music, adalah sebuah lagu yang di persembahkan dari perspektif seorang lelaki, tentang seorang wanita yang di landa perasaan ragu-ragu antara kasih sayang dua orang lelaki sehingga dia meninggalkan kekasihnya untuk pergi menagih kasih dari jejaka yang pernah di tolak cintanya pada suatu masa dahulu. Namun begitu, tidak semua yang di rancang itu menjadi kenytaan. Perkataan ‘deru’ yang menjadi tajuk kepada lagu ini membawa maksud gambaran bunyi tiupan angin yang kuat, sekaligus menggambarkan perasaan berkecamuk yang di hadapi oleh kesemua pihak di dalam penceritaan lagu ini.

Lagu yang merupakan hasil ciptaan bersama Eppy Xpose (muzik) dan W.A.R.I.S (lirik) ini mengambil masa yang agak lama untuk di siapkan akibat kekangan jadual kerja Xpose dan W.A.R.I.S yang sangat padat dengan undangan persembahan pentas dan lain-lain lagi. Sunggguh pun demikian, masa bersama yang terhad di manfaatkan sepenuhnya sehinggalah terhasilnya suatu karya padu yang di harapkan dapat memberi suntikan kelainan yang akan lebih merancakkan lagi industri muzik tanah air. Kumpulan Xpose yang terdiri daripada Furhan (vokalis), Eppy (pemain bass dan ketua kumpulan), Taqim (pemain deram), Zaim (pemain kibod) dan Riza (pemain gitar) ini mula mendapat tempat di kalangan peminat muzik tempatan dengan single sulung mereka “Sandiwara” dan kemudian bersama single kedua “Maafkan Ku”. Kejayaan single “Sandiwara” telah membuka pelbagai peluang kepada Xpose sehingga mereka di beri peluang untuk membuat persembahan siaran langsung secara eksklusif di Anugerah Meletop ERA 2018 baru-baru ini. Xpose kini tampak lebih berkeyakinan untuk mengorak langkah yang lebih jauh pada tahun 2019 dengan menjadikan “Deru” sebagai taruhan pertama mereka tahun ini. Kumpulan rock di bawah naungan Suria Records ini juga sedang giat menjalankan persiapan untuk melancarkan album sulung mereka dalam masa terdekat ini di samping merangka pelan promosi untuk melebarkan sayap mereka ke negara jiran pada tahun ini juga.

Sejak mula bertapak di dalam arena muzik tempatan pada tahun 2013 dengan single pertama “Rembau Most Wanted”, pengaruh W.A.R.I.S yang merupakan artis naungan Mixology Music ini di dalam industri muzik tempatan semakin hari semakin meluas dengan pelbagai projek kolaborasi bersama ramai penyanyi-penyanyi, pelakon-pelakon ternama dan baharu di dalam tanah air. Single “Gadis Jolobu” W.A.R.I.S bersama Dato Hattan berjaya membawa penyanyi rap ini ke pentas final Anugerah Juara Lagu 2014. Selain aktif menulis lagu & lirik untuk artis-artis lain, W.A.R.I.S juga mula berjinak di dalam bidang lakonan demi mengembangkan lagi kerjaya seninya. Tahun 2019 juga bakal menyaksikan W.A.R.I.S melancarkan album terbarunya yang masih di dalam peringkat perancangan.

Selain boleh di dengari di kesemua platform music streaming pilihan ramai, para peminat Xpose dan W.A.R.I.S juga boleh memperlihatkan aksi mantap mereka di dalam video muzik rasmi “Deru” di saluran YouTube rasmi Suria Records. Khas untuk para pengunjung pusat karaoke tempatan, muzik video karaoke “Deru” juga kini boleh di nikmati secara eksklusif di kesemua cawangan pusat karaoke Red Box, Green Box dan Red Box PLUS di seluruh negara.

Maklumat Lanjut: Suria Records
XPOSE Instagram: official_xpose
W.A.R.I.S Instagram: warisn9