Home / Events / Pelancaran Video Muzik Ezlynn “Goyang”

Pelancaran Video Muzik Ezlynn “Goyang”

1000x400

Setelah sebulan melancarkan single terbarunya yang diberi tajuk “Goyang”, Ezlynn kini muncul menampilkan imej terbarunya yang ketara berbeza dengan penampilan terdahulu di dalam video muzik rasmi “Goyang”.

Video muzik rasmi “Goyang” ini merupakan arahan Zalhilman Ismail daripada The Malaya TV dan team kreatif yang dibawa khas oleh Lokalab. Video muzik “Goyang” membawakan konsep ‘catchy’ seiring dengan rentak lagunya yang rancak. “Goyang” merupakan karya bersama pasangan suami isteri Farique Nadzir dan Adah Kahir. Jika sebelum ini Ezlynn sinonim dengan lagu berentak pop rock, menerusi lagu “Goyang” ini Ezlynn menampilkan sesuatu yang berbeza namun kena dengan jiwanya iaitu muzik rancak berkonsepkan ‘Fun Ska’.

Lagu yang cukup bertenaga ini bukan sahaja mampu membuat pendengar bergoyang malah mampu membakar semangat pendengar jika mesej yang cuba disampaikan oleh Ezlynn menerusi lirik tulisan Adah Kahir ini dihayati sepenuhnya. “Goyang” bukan sebarang lagu ajak bergoyang, tetapi lagu ini sarat dengan mesej positif yang menyentuh tentang revolusi diri, keperkasaan wanita dan keamanan dunia.

Video muzik rasmi “Goyang” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia pada hari ini, pukul 8 malam manakala video muzik karaoke rasmi pula eksklusif ditayangkan di Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke. Single “Goyang” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music pada 28 Disember 2018 yang lepas.

Ezlynn – Goyang

 

Instagram :ezlynnariffin