Home / Events / Pelancaran Video Muzik Siti Sarah “Semakin”

Pelancaran Video Muzik Siti Sarah “Semakin”

1000x400_1

Setelah berjaya mencapai sehingga 10 juta tontonan di Youtube bagi lirik video Semakin, Siti Sarah telah mengeluarkan muzik video rasmi untuk memenuhi kepuasan diri. Muzik video yang asalnya mahu dikeluarkan pada penghujung tahun lepas telah ditunda sehingga ke 15hb Jan 2019 kerana  Sarah & Shuib mahukan hasil yang terbaik dan memenuhi keinginan mereka. Dengan bantuan CK Faizal, Shuib turut terlibat sebagai pengarah untuk merealisasikan keinginannya.

‘Ramai yang komen dan bertanya Sarah, buat apa lagi nak keluarkan muzik video kerana lagu sudah popular dan lirik video itu sendiri telah mencapai 9 juta tontonan pada waktu itu, Sarah cuma menjawab yang Sarah mahukan satu muzik video hasil dari idea Sarah dan Shuib. Sarah rasa satu kepuasan bila kita yang keluarkan lagu & muzik video sendiri.’

Bagi yang mengikuti Instagram Sarah & Shuib, pasti tahu mengenai pencarian jejaka untuk membintangi muzik video ini. Beberapa nama telah dicadangkan oleh pengikut Instagram mereka. Antara nama-nama yang banyak dicadangkan adalah Remy Ishak, Fikri Ibrahim dan Shuib sendiri. Tidak kurang juga pelawak-pelawak yang secara berjenaka mencalonkan diri masing-masing.

Setelah mengambil kira cadangan dan pendapat dari pengikut dan berbincang dengan pihak pengurusan, Sarah tetap dengan pendirian asalnya iaitu memilih Syafiq Kyle. Walaupun nama Syafiq Kyle kurang dicadangkan oleh pengikutnya, tapi Sarah tahu Syafiq ada kekuatannya sendiri dan Sarah sendiri adalah peminat Syafiq.

Dengan ini, secara rasminya muzik video Semakin telah dilancarkan dengan kerjasama Red Box Karaoke, The Gardens Mall. Muzik video karaoke ini juga boleh didapati di semua rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Plus. Dengan penampilan khas dari Syafiq Kyle diharap dapat melonjakkan lagi populariti lagu Semakin ini dan dapat maraih tontonan di youtube yang lebih tinggi dari lirik video. Muzik video ini akan mula ditayangkan pada 15hb Jan 2019, bermula jam 9mlm di Youtube channel Indigital Sdn Bhd.

Siti Sarah – Semakin 

Instagram : Siti Sarah Raissuddin
Facebook : Siti Sarah Raissuddin