Home / Contests / Peraduan Menang Pas Wayang & Barangan Eksklusif PINJAMKAN HATIKU

Peraduan Menang Pas Wayang & Barangan Eksklusif PINJAMKAN HATIKU

Pinjamkan.Hatiku.Screensaver.AdPINJAMKAN HATIKU di pawagam 30 November 2017

SINOPSIS PINJAMKAN HATIKU

PINJAMKAN HATIKU, sebuah filem cereka remaja yang mengisahkan pertemuan semula sepasang kawan lama di zaman persekolahan, Laila dan Naufal selepas lama terpisah, lantas membuahkan semula bibit bibit cinta yang indah.

Laila Safitri, seorang penulis novel remaja telah kembali ke kampung tempat dia pernah dibesarkan bersama neneknya, sebagai seorang yang berjuang dalam diri sendiri, mengidap penyakit yang boleh membawa maut. Semasa di kampung, Laila bertemu kembali dengan kawan-kawan lamanya di zaman persekolahan, termasuklah seorang lelaki yang paling nakal di sekolahnya dulu bernama Naufal.

Naufal, seorang pemuda yang begitu baik, amat setia dengan kampung dan keluarganya. Dia lebih suka berbakti dalam kehidupan sebagai seorang aktivis alam dan masyarakat, kerana dia selalu merasakan hidupnya tidak panjang. Pertemuan kembali dengan gadis comel yang sering dibuli dan disakatnya semasa sekolah dulu telah menghidupkan kembali semangat kehidupannya.

Naufal telah membawa Laila menerokai kembali dunia yang telah lama ditinggalkannya, hinggalah mereka saling jatuh cinta. Namun, detik indah bersama hany lah seketika, apabila Naufal telah hilang begitu saja, setelah menyemai cinta di hati Laila. Ibu Naufal sendiri meminta agar Laila melupakan Naufal untuk selamanya, dan meminta agar Laila meneruskan kehidupan tanpa Naufal yang sudah pergi menemui tuhan.

Kemunculan Dr Hasnan, pemuda yang selama ini merawat penyakit Laila dan memberikan kekuatan untuk Laila meneruskan kehidupan tanpa Naufal telah merubahkan segalanya.

Walaupun Laila sudah mengahwini Hasnan, membina kehidupan baru bersama menetap di New Zealand, dengan harapan untuk pergi jauh dari segala kenangan, namun cinta dan ingatannya masih tidak dapat terhapus terhadap Naufal.

Sejauh manakah Laila mampu untuk membina kehidupan dan cinta yang baru dengan Dr Hasnan, sedangkan seluruh jiwa danhatinya masih menjadi milik Naufal? Kadang kala, Laila selalu merasakan, seolah Naufal sentiasa ada di sisinya…

PINJAMKAN HATIKU merupakan sebuah filem terbaharu arahan pengarah Osman Ali serta terbitan sulung Aurawhite dengan kerjasama Nuansa yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 November 2017 di pawagam seluruh negara.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Norman Damanhuri serta Ayda Jebat selaku pelakon utama yang juga membuat kemunculan sulung dalam filem.

PINJAMKAN HATIKU | Official Trailer

[PERADUAN]
Stay tuned.